PROLONG JAUNDICE ATAU JAUNDIS LEBIH 14 HARI

11:47 AM

Assalammualaikum...


Hari ni kita cerita pasal prolong jaundice dan persolan-persolan yang bermain dalam kepala otak parents-parents sekalian bila kita risau anak kita kuning. Saya akan cuba explain semudah yang mungkin untuk para ibu-bapa faham akan masalah jaundis ini.

Prolong jaundice atau jaundis yang lama dimana baca jaundis masih tidak kurang dari 5mg/dL (atau 85micromol/L). Prolong jaundice bagi bayi yang cukup bulan dan bayi pramatang tidak sama ye.


  • bayi yang cukup bulan (lahir >37mnggu ke atas) , mereka di kira prolong jaundis jika bacaan masih tidak kurang dari 5 selepas 14hari dari hari kelahiran.
  • bayi yang tidak cukup bulan (lahir 37minggu ke bawah), mereka di kira prolong jaundis jika bacaan masih tidak kurang dari 5 selepas 21hari dari hari kelahiran.
Apabila anak kita bacaan kuningnya masih tinggi, doktor akan mintak kebenaran dari ibu dan bapa untuk buat pemeriksaan darah dan air kencing. Time ni ibu bapa akan panik sikit. Ada yang mule nak marah, dah la hari2 kene cucuk..nak amik darah lagi???

Memang penat fasa anak jaundis ni, dengan mana kita nak bekerja, si ibu pula masih tidak pulih sepenuhnye, anak pula kurang menyusu..(Ini memang FASA DUGAAN). Tapiiiiii..terima dengan hati yang terbuka. Sebab kita nak anak kita sihat dan doktor pun nak anak kita sihat. Doktor tak kuasa nak cucuk anak orang sesuke hati sebab dorang pun ade anak. Ok,setel bab nasihat. Kita sambung semula pasal prolong jaundis.

Ape penyebab prolong jaundis ni? Sama lah macam penyebab2 demam kuning. Akak tepek je yang versi omputih ni. korang baca je lah ye.




Ibu bapa perlu faham prosedur ambil darah dan air kencing.

Kenapa? Darah kali ni perlulah dicucuk di tangan, sejumlah darah akan di ambil dalam beberapa tabung. Bukan ambil darah dengan cucuk di bahagian tumit ye. Sebabnye darah-darah ni kita akan hantar ke lab. Dan prosesnye memakan makan 2minggu keatas (di klinik kerajaan) dan akan lebih cepat lagi di lab swasta yang pastinya (tapi kos agak mahal). Cuma lab swasta selalu tak nak ambil risiko cucuk bayi kita kecuali hospital private (sekali lagi ongkosnya mahal donk).

clean catch urine

plastik untuk tangkap air kencing bayi


Air kencing pula, ada doktor akan ajar ambil secara "clean catch" maksudnye mak ayah kene tadah air kencing baby tu sebersih yang mungkin (STERILE). Selalunya kita bekalkan plastik yang ade pelekat, so mak ayah boleh lekatkan dekat bahagian kemaluan bayi. bile dorang dah kencing, cepat2 masukkan dalam botol kencing dan hantar ke klinik kesihatan. Ataupun, bile anak nak kencing, kita pun sambut lah macam sambut bola keranjang. Haha..part ni kadang2 boleh tersasar gitu. 




Teknik lain untuk ambil air kencing adalah "IN-OUT CATHETERIZATION" . Dubb dabbb dubb dabb jantung bila dengar part ni. Biar betul doktor nak masukkan tiub dekat kemaluan bayi kita? Kecik kot kemaluan anak kita tu? Tak bahaya ke? Jawapannya TIDAK.

Para doktor akan masukkan tiub kencing yang kecil saiznye bersesuaian dengan saiz untuk bayi kita. Bile air kencing dah dapat, tiub tersebut akan dikeluarkan semula. Kalau tak dapat, makanya kene refer utk prosedur seterusnya iaitu SUPRAPUBIC CATHETHERIZATION.



Yang ni lagi super seriau bunyinye. Nak tebuk perut ambil air kencing????? oh-my-god. Relaxxx..tarik nafasss...lepasss... Ok, first prosedur suprapubic catheterisation ini dibuat oleh doktor kanak-kanak atau doktor pakar sahaja. Takde doktor suke suki nak buat prosedur ni. Barang yang digunakan adalah jarum dan syringe. Cucuk di bahagian aras pundi kencing dan setelah dapat air kencing, jarum akan dikeluarkan. Sekejap je prosesnye. Risiko-risiko kecedaraan organ akan diterangkan sebelum prosedur dijalankan. Ok, rasanya part prosedur dah cukup clear dah saya terangkan.

Darah apa yang akan diambil?

  • Bacaan fungsi hati/Liver function test : yang ni ada ALP/ALT/AST/Bilirubin -conjugated and unconjugated. Yang ni dokor akan buat penilaian samada normal atau tidak. Yang kita khuatiri adalah biliary atresia. Sebabnye sekiranya anak-anak yang ada biliary atresia ni pembedahan perlu dilakukan secepat yang boleh (seawal 3bulan).
  • Bacaan thyroid - takut anak kita ada masalah kelenjar thyroid. nanti ganggu tumbesaran. Masalah thyroid pun boleh buat jaundice yang lama. 
  • Full blood count- nak tengok darah merah dia macam mana.. Ada anemia ke? Atau masalah2 darah yang lain.
  • Urine-UFEME. Untuk tengok samada ada jangkitan kuman pada tempat kencing atau pun tidak. Sebab kanak-kanak tak boleh bagitahu yang dia kencing sakit. Betul tak? So, infection yang stay dalam air kencing tu boleh membawa kepada risiko jaundis.
Ada lagi darah-darah yang lain macam full blood picture.. itu bergantung kepada doktor masing-masing.

Kalau semua pun normal, maka Alhamdulillah.. Tapi kalau ada yang tak normal jangan terus mengalah. Anak anda akan di refer kepada pakar kanak-kanak di hospital yang berhampiran. 

Apa yang penting?? Ibu bapa kena kenalpasti tanda-tanda bahaya dalam jaundis. Nampak je tanda-tanda ni jangan tungu. Terus bawa ke kecemasan. 

  1. Pantau bayi ada demam atau tak? If ada demam (terutama bayi <30 hari ) cepat-cepat bawa ke hospital!
  2. Bayi pucat/ biru atau muntah2/ susah nafas/lemah tidak aktif
  3. Warna najis bayi kelihatan pucat (kelabu pucat/kuning pucat), atau air kencing bewarna coklat pekat.
  4. Sawan
Perluke saya bagi lampu phototherapy pada anak yang prolong jaundice?

Tak perlu.Sebab pada peringkat usia ni, bilirubin dah tak cross blood brain barrier dan efek otak (kernicterus).

Bahaya tak kalau saya sewa lampu phototherapy dan letak kat rumah?

 Ye BAHAYA! Sebabnye, bayi yang di bawah phototherapy perlukan monitoring dari bacaan darah (bacaan bilirubin dan bacaan buah pinggang). Sebab bayi boleh jadi kering yang kering kalau terlebih bagi lampu. So jangan mandai-mandai. 

Perlu ke jemur baby?

Pada saya tak perlu pun, sebab sinaran matahari sekarang dan tak macam dulu. Lapisan ozon dah semakin menipis. tapi kalau nak jemur jugak, pastikan jemur matahari pagi yang pukul 8 tu. Time tu tak panas sgt. Jemur pun sekejap je. Bukan jemur sampai kering. Anak anda bukan baju atau pun ikan kering. Ingat tu.

Boleh ke bagi makan anggur hitam? atau supplement2?

Tak perlu. Jangan memandai. Bayi kurang 6 bulan perlu susu ibu atau susu tepung aje. Ibu bapa yang suka sumbat anak makan benda bukan bukan atas alasan nak ikhtiar ni..perlu dipanggang je. Geram tau. 


Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya saya. Kalau ada masa klinik saya tak busy, saya jawab ye. Terima kasih. :)


BAGI IBU BAPA YANG INGIN MEMBACA TENTANG JAUNDICE BOLEH KLINIK DI
--->SINI

You Might Also Like

120 comments

  1. Dr nak tanya (Bacaan thyroid - takut anak kita ada masalah kelenjar thyroid. nanti ganggu tumbesaran.) klu ank ada thyroid ni di sebakan kuning ke??ada kah boleh baik dan betul ke akn menganggu tumbesaran dia? untuk makluman, ank sy prolong jaundice dan ada hyper thyroid. skrg ni dia dh setahun dan makan ubt thyroid tu seawal umo sebulan sehingga skrg. selain ubat ada cara lain ke nk sembuh kan thyroid ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan yana, masalah tumbesaran akan berlaku sekiranya bacaan thyroid tidak terkawal. Utk peringkat awal ni anak puan perlu makan ubt thyroid seperti yang disarankan oleh pakar/doktor paediatrik. Pemeriksaan darah susulan akan dilakukan secara berkala. Apabila bacaan darahnya stabil(euthyroid), biasanya ubat akan di berhentikan.

      Delete
    2. Salam doc, blh sy tahu slalunya brapa lama tempoh utk ubat tiroid dihentikan?

      Delete
  2. Assalam.. anak sy berusia 10 hari. Semlm cek kuning bacaan 186. Mata dia dh takde kuning. Cuma muka dia bila ditekan masih kelihatan kuning. Adakah kuning dia masih dianggap tinggi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam cik zuliana, kalau tgk anak puan punya kuning dalam 10 iaitu bersamaan dengan 186. bacaan ni masih tinggi. nanti kalau hari ke 14 bacaan masih tidak kurang dari 5 @85 anak puan akan dikira prolong jaundice. buat masa ni, puan kerapkan menyusu.

      Delete
  3. Terima kasih atas feedback yg diberikan. 😊

    ReplyDelete
  4. salam blh sy tya,sy nk kepastian smlm anak sy hari yg ke 19 dan sy ade pergi ke kk utk cek kuning dan bacaan dia 123..nurse kk ckp sy tk perlu repeat darah sbb doc dh discharge anak sy utk kuning..tapi sy kurg pham sbb klu normal bacaan bwh 100 itu yg doc hsptl bg thu..jadi adakah bahaya atau tidak utk anak sy ye dan ape yg perlu sy buat? terima kasih yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.terima kasih kerana membaca. Pada hari ke 19, bacaan kuning anak puan ialah 123 iaitu bersamaan dengan 7. Selalunye bacaan 5 kita discharge. Tapi mungkin trend penurunan bilirubin (TSB) anak puan memang cantik..dan anak puan aktif, tiada masalah penyusuan, sebab tu doktor tersebut yakin yang bayi puan boleh di discharge dengan bacaan 7.

      Delete
  5. Salam... Doc nak ty... Jaundice yg lama disebabkan pusat ank still berdarah .. Tu 1 sb ke ...?? Jaundice susah nk turun...? N mcmmne nak bg pusat xberdarah lg ye???...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tali pusat anak still berdarah tak menyebabkan jaundice. kalau still berdarah kene makesure bersihkan setiap hari sebab nak elakkan jangkitan kuman. and makesure update doktor paeds(doktor kanak2 yang merawat) tentang tali pusat baby, so doktor akan selalu tengok/pantau perkembangan tali pusat tu. Selalunye by time die akan baik. tapi kalau ada jangkitan kuman, boleh jadi bahaya pada bayi. tanda2 tali pusat ada jangkitan kuman-warna sekeliling kulit mnjadi merah, keluar cecair kuning/nanah/atau cecair yang berbau.

      Delete
  6. Hi doc... Bacaan ank Sy turun naik jerk dlm lingkungan angka 200>>250...ade x cara tuk kurangkan jaundice??? Da 22hari ...risau la saya...adakah pasal susu ibu xsesuai utk bayi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekiranya bacaan darah dan air kencing untuk result prolong jaundice semuanya normal, anak puan di kira breastfeeding jaundice. breastfeeding jaundice boleh berlarutan 1-3bulan. Puan perlu teruskan penyusuan seperti biasa. Pastikan anak puan aktif, berak kencing ok,berat badan bayi meningkat. Nanti slowly jaundice tu akan hilang. Temujanji dengan doktor kene pergi dari semasa ke semasa mengikut yang ditetapkan.

      Delete
  7. Salam Doc.. Anak saya lahir 2.35kg, PL 257, lelaki.
    Anak saya prolonge jaundis.
    Hari ke 14: SB 251
    Hari ke 20: SB 223
    Hari ke 27: SB 207
    Hari ke 35: SB 133
    Esok akan repeat cek kuning lagi.. Hari ke 42.

    Soalan 1:
    Adakah range penurunan jaundis anak saya ini baik? Masih ada kemungkinan kuning itu akan meningkat lagi? Sekiranya meningkat, adakah itu normal?


    Baru- baru ini saya dapat satu keputusan darah anak saya untuk prolonge jaundis. LFT.
    Keputusannya ialah:
    BiliT: 290.2
    BiliD: 22.4
    Bil In: 267.8000
    ALT: 8
    TP: 47
    AlbP: 30
    GLOBULIN: 17.00
    AST: 26

    Saya diminta untuk repeat cek LFT untuk anak saya. Bila saya tanya kenapa, saya cuma diberitahu bacaan LFT itu agak tinggi.

    Soalan 2:
    LFT tu sebenarnya untuk menguji apa dok?
    Adakah bacaan LFT anak saya itu sangat membimbangkan?

    Terima kasih atas respon dok

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.

      penurunan bilirubin nampak bagus. Kalau sudah hari ke 42, selalunye die akan continue turun. Unlikely akan rebound kecuali kalau anak puan ada masalah hati.

      LFT adalah bacaan fungsi hati (liver function test).
      kalau dari perkiraan direct/indirect bilirubin anak puan, percentage nya tak lebih dari 15%, saya tak risau tentang risiko biliary atresia. Puan terlupa senaraikan satu lagi bacaan iaitu ALP. Bacaan lain nampak normal. Kadang2 bacaan ALp mungkin sedidkit tinggi kerana tulang bayis edang bertumbuh. Selagi bacaan tidak lebih dari 3x ganda dari bacaan normal, insyaAllah ok. :)

      Delete
    2. HI DOC,minggu lepas alp anak saya :ALP 351 / JAUINDICE 11.5
      Selang seminggu test lagi ALP anak saya meningkat : ALP 375 / JAUNDICE 8.7
      hapir sebulan saya risau tentang prolong jaundice.,tapi minggu ni sayang risau pulak tentang ALP yg meningkat selang 7hari.

      Delete
  8. Salam DR,bacaan anak sy hari ini 229 selepas turun 200.untuk pengetahuan Dr hari ini hari ke 10.tinggal baki 4 hari saja untuk sy pastikan anak sy turun bawah 100.Bagaimanakah caranya..minta nasihat.

    ReplyDelete
  9. Assalam doctor saya ingin bertanya pendapat. Anak saya prolonged jaundice. Last tsb pada hari ke 19 iaitu 8.2. Sy di refer ke paed, dan result darah setelah dua kali di ambil adalah normal. Dan doc pakar juga mengesahkan anak sy Breastmilk jaundice. Terdapat sedikit kuning di muka anak saya. Dia akan jelas kelihatan bila dia meneran. Doc pakar juga hanya suruh saya continue follow up di kkia utk vaksin dan cek up macam biasa dan tak perlu buat test tsb tu lagi. Sekrg anak saya dah sebulan 12 hari. Doc jugak beritahu kuning anak saya akan hilang dgn sendiri cuma perlu teruskan breastfeeding. Takpe ke kalau tak cek kuning lagi wlpn doc sudah discharge sy utk tidak perlu cek kuning hanya continue monthly cek up ja.

    ReplyDelete
  10. Salam Dr.

    Dr daripada klinik kesihatan ada maklumkan kiraan direct indirect anak saya paras 30. Bacaan diambil pada hari ke 18 kelahiran. Skrg anak saya berusia 26 hari.

    Dapatan keputusan
    Total bilirubin 226.9
    Direct bilirubin 69.8 h
    Ind.bilirubin 157.1h

    Adakah perkara ini membimbangkan. Utk pengetahuan, bayi diminta untuk buat prolonged workout tp ambil masa dua hari lagi. Adakah masih boleh tunggu atau perlukan rawatan dengan kadar segera.

    Ada tak kesan kepada bayi. Apakah kemungkinan bayi mempunyai masalah. Harap dr dapat membantu.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ..
    ank saya lahir 30hb 10 2017

    bacaan kuning ank saya

    247.8
    3/11/2017=286.8
    4/11/2017=265.2
    6/11/2107=265.9
    7/11/2017=262.6
    8/11/2017=277
    9/11/2017=273.8
    10/11/2017=225.4
    13/11/2017=187.1

    dah dapt surat dri klinik tangling kne ke hkl esok.. ikutkan bacaan ank saya ni agak tnggi dari mula.trun sdkit je.. kencing berak stiap kli mnyusu.mmng kerap berak dan kencing.

    saya nk tany adakah kuning ank saya akn terus mningkat atau menurun. dan kategori ap kuning ank saya.

    ReplyDelete
  12. Doctor saya nak tanya,

    My baby hari ke-18 bacaan jaundice 155. Dan Nak kena refer klinik paeds.Kulit dia kuning. Tapi,tang mata dah tak kuning.

    Nak tanya adakah kuman GBS effect dia punya jaundice juga?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum puan sy nk bertanya hospital dri pakar kanak2 baru call sy untuk repeat ambil darah anak sy semula kerana ada 1 bacaan darah anak sy tinggi.sy tanya nurse bacaan darah apa yg tggi tpi dia kata dalam,prosedur dorg tak bole bgthu ditelefon.sy sgt2 susah hati,selalu darah apa yg bacaan dia tinggi?tapi dia cakap,kalo ambil,kalo kedua akan turun...result dah keluar tunggu appointmnt 5aribln ni...sy jadi takut dan ssh ati sebab anak sy lahir 36minggu...bole tak puan explain,pada sy...sy dlm pantang...sy bsalin caesar..

    ReplyDelete
  14. Assalam doktor..anak saya harini dah hari ke 17.Lahir normal/39weeks/BW 3.13/ G6PD Normal

    Day 7: 234
    Day 9: 241
    Day 10: 330
    Day 11: 264
    Day 12: 283
    Day 13: 257.5
    Day 16: 287
    Day 17: 287.4

    Doktor tengah buat prolonged workout. Day 16/(7/12/2017) doktor ada ambik urine baby. Next check up 15/12/2017. Sy risau kalau kuning anak sy naik mendadak sebelum tarikh next checkup. Anak sy menyusu setiap 2jam. Mmg sy akan kejutkan..n skrg dia mcm dah tagu jadual dia. Every 2hrs dia akan bgn sendiri mintak susu. Sy direct bf n juga bg susu yg sy pump guna syringe. Berak kencing lebih 10kali sehari. Sy amat perlukan nasihat dr doktor. Tqia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sorry for the late reply. Result anak puan ni rebound..die turun kejap lepas tu naik balik. Tapi macam mana pun kita kene tunggu keputusan prolong jaundice sebab kite nak tahu bacaan hati (LFT), direct dan indirect bilirubin serta result bacaan air kencing. So far dari penerangan puan perkembangan anak puan bagus sekiranya die suka menyusu 2jam sekali dan berak/kencing pun OK.InsyaAllah..kite doakan yang terbaik.

      Delete
    2. assalamualaikum doctor..anak sy lahir pd 28/12/2017 lalu..ujian darah telah diambil yg prtama bacaan (30/1/2018) TSH 1.46 &T4 10.42…bile ujian darah kedua bacaan (6/2/2018)TSH 1.92 & T4 11.35..doctor hosptl ckp sepatutnya T4 kne 12 ke atas..so ubat tyroxine diberi..dan ujian darah ketiga pd (19/2/2018)dibuat tanpa sy memberi ubat kpd baby (kerana sy rase TSH baby tdk tggi so hati kuat brpendpat baby tiada tyroid)..bacaan TSH 1.34 &T4 16.35…doktor mengatakan baby sepatutnya sudh mencapai T4 18..yg menjd persoalan sy knp doktor hosptl hanya melihat bacaan T4 yg rendah tetapi tdk melihat TSH baby?.. bkn ke tyroid dikenal pasti apabila T4 rendah & TSH tggi?..boleh doktor doktor jelaskan?..anak sy dikategorikan hypotyroid..

      Delete
  15. Salam. Anak saya hari ke 10 bacaan 424 kena tahan wad kali ke3. Biasa dengar orang kata kalau jaundis lebih dari 400 akan kena tukar darah. Tapi alhamdulillah anak saya tak kena tukar darah. Cuma saya risau kesan jaundis yg tinggi pada tumbesaran anak saya. Adakah akan efek pada otak dia?

    ReplyDelete
  16. Salam Dr.
    Saya pn shazwani. Saya nak minta advise doc mengenai prolog jaundice. Saya agak susah hati bila doc di kk kesihatan refer kes anak saya ke hospital. Berikut merupakan bacaan bilirubin anak saya:

    1) Day 5 - 237
    2) Day 8 - 188.1
    3) Day 9 - 183.7
    4) Day 11 - 179.5
    5) Day 13 - 130
    6) Day 15 - 115
    7) Day 17 - 111

    Utk pengetahuan doc baby menyusu setiap 2 jam dan hanya minum susu ibu. Minta sangat advise doc. Saya sangat susah hati mengenai hal jaundice anak saya.

    ReplyDelete
  17. Salam Dr.
    Saya pn shazwani. Saya nak minta advise doc mengenai prolog jaundice. Saya agak susah hati bila doc di kk kesihatan refer kes anak saya ke hospital. Berikut merupakan bacaan bilirubin anak saya:

    1) Day 5 - 237
    2) Day 8 - 188.1
    3) Day 9 - 183.7
    4) Day 11 - 179.5
    5) Day 13 - 130
    6) Day 15 - 115
    7) Day 17 - 111

    Utk pengetahuan doc baby menyusu setiap 2 jam dan hanya minum susu ibu. Minta sangat advise doc. Saya sangat susah hati mengenai hal jaundice anak saya.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum doctor. Anak saya mengalami prolong jaundice. Pada hari ke 15 ada amik darah and urine and kene repeat lagi nanti kerana result TSH and LFT tak cantik.

    Result LFT

    ALP - 332
    ALT - 16
    TBIL - 219.8
    PDBIL - 15.1
    AST - 48
    TP - 54
    ALB - 37
    GLOB - 17
    IDBIL - 204.7


    Result TSH - 8.4.

    Boleh saya tau tentang result darah ni.

    ReplyDelete
  19. Doc..bacaan lft bby saya meningkat dari 400 kpd 500..tpi saya x faham apakah kesan ke atas bayi saya.

    ReplyDelete
  20. Salam,
    Anak saya sudah hari ke 12 harini dan bacaan kuningnya adalah spt berikut:
    D3 : 176
    D4 : 197.6
    D5 : 245.2 (warded -phototheraphy)
    D6 : 244.0
    D7 : 182.6 (discaj)
    D8 : 199.7
    D9 : 196.6
    D10: 210.2
    D11: 180.4
    D12: 198.0

    Sy dh tak tau ap yg salah..sy tak makan benda2 pns..halia,lada,jamu,kunyit semua tak ambil..knp bacaan masih tinggi

    Sy menyusukan anak setiap 1-1¹/² jam..sy nak tnya brp lama patutnya 1 sesi penyusuan..menurut misi..sekurangnya2 40mnt utk sebelah breast bg membolehkan baby dpt susu yang lebih pekat dan kenyang...tp baby sy hanya menyusu dlm tempoh 10 -15 mnt kemudian dia akan lepas..

    ReplyDelete
  21. Salam doc.. Anak saya dah masuk 22 hari ni dan 2 hari lepas ad ambil darah untuk prolonged jaundice.saya baru dapat call dari klinik mngatakan saya perlu repeat utk ambil darah sebab bacaan utk fungsi hati dia tinggi, dalam 11..ada apa2 effect tak doc? Dia sruh repaet ambil darah bila umor baby sbulan. Sementra tu, ap perlu sy buat? Bacaan kuning pon msih tinggi dalam 187.

    ReplyDelete
  22. Najis pucat kebiasaan nya biliary atresia.
    Tapi selain tu kemungkinan Inspissated bile syndrome atau giant cell hepatitis.
    Hanya liver biopsy dan OTC boleh menentukan masalah yg mana.
    ~pengalaman mak dgn 3 anak bermasalah tersebut~
    😓

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sy tahu dgn lebih lanjut psl ni?sbb anak sy jg bacaan die tinggi utk hati?ape effect die ye?bmbgnye ya Allah

      Delete
    2. bacaan hati yang tinggi memerlukan pemantauan. Ada cara pengiraannye. Para doktor selalunye tahu..sekiranya suspek biliary atresia kes akan dirujuk secepat yang mungkin ke Hospital. Bacaan hati pada kanak-kanak kadang2 tinggi sedikit kerana pada peringkat ini bayi sedang mengalami pertumbuhan tulang/bone growth. Tapi seperti yang katakan, pemantauan bacaan hati perlu dilakukan. Pastikan puan mengikut temujanji yang diberikan.

      Delete
    3. Semoga Puan sekeluarga tabah dan anak2 puan diberikan kesembuhan InsyaAllah.

      Delete
  23. Salam Dr
    Anak saya anak saya mengalami prolong jaundis.pada hari ke 14 bacaan jaundis 285.hari tersebut ada ambik darah dan urine..keputusan darah utk hati n buah pinggang ok tp air kencing ada kuman..selalunya apa yg akan dibuat kalau didapati air kencing ada kuman..adakah perlu warded..

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum doc..bayi sy lahir 35week..sekarang dh 35hari..3hr lps check kuning still 200..smakin menaik kuningnye..lps check drh,doc kate bacaan platletnye rendah..nk check skali lagi takut ada kesilapan..sy bimbang tgk bby sy

    ReplyDelete
  25. assalam doc..bby sy lahir 35weeks..skrg dh 35hari..tapi kuning still 200..lps check drh,platlet rendah..doc nk wat skali lagi test drh..bby aktif..kencing berak kerap..menyusu pun kerap..berat dh naik dr 2.1 ke 2.85kg..cmne nk naikkan platlet doc

    ReplyDelete
  26. Hai doc
    Ank sy od hari ke 11 hari tu dah hilang kuning nya pd 10.1 ke 4.6 ..tiba2 pd hari ke 14, sy nampak mata nya mula kuning smula..adakah itu tanda2 prolong jaundice ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanda2 kuning di mata memang lambat hendak hilang. Sekiranya ibu khuatir adalah dinasihatkan untuk bawa bayi ke klinik semula untuk bacaan kuning sekali lagi. Kadang2 ada kondisi yang mana kita panggil rebound jaundice..die turun dan naik semula.

      Delete
  27. Norliza Bye RahmatMay 26, 2018 at 4:57 PM

    Asalamualaikum doktor...cucu saya hari ni 13 hari bacaan AOB nya 12.6 mg/dL.Bacaannya turun naik.Mula2 bacaannya 15/5 9.7 mg/dL,16/5 11.5 mg/dL,17/5 11.4 mg/dL,19/5 11.3 mg/dL,20/5 12.9 mg/dL,21/5 9.6 mg/dL,24/5 14.4 mg/dL,26/5 12.6 mg/dL.Adakah cucu saya prolog jaundice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye puan. Jangan risau. sekiranya puan hadir mengikut temujanji yang diberikan. Doktor tentu akan menjalankan test yang sepatutnye utk cucu puan.

      Delete
  28. Assalam doktor. Saya baru jumpa pasal penulisan ni. Anak saya hari ni hari ke 16.

    Detact kuning dari hari ke 4 dengan bacaan 15.5 (kena warded 1 malam)
    Hari ke 5 bacaannya 14.
    Hari ke 6 bacaannya 13.9
    Hari ke 7 bacaannya 12.6
    Hari ke 8 bacaannya 12.8
    Hari ke 9 bacaannya 11.6
    Hari ke 11 bacaannya 9.7
    Hari ke 13 bacaannya 8.3
    Hari ke 16 bacaannya 7.8

    Then kena ambik darah di tangan utk dihantar ke makmal.

    Pada perkiraan dkto, ok x penurunan bacaan kuning anak saya?

    Bila saya baca tulisan dkto ni, tujuan darah diambil utk mengesan samada bayi ada masalah hati / darah / tiroid.

    Utk pengetahuan dkto, awal kehamilan saya dkto sahkan saya ada tiroid ketika hamil. Adakah ni jadi pnca anak saya kena prolong jaundis?

    Dan ada kemungkinan ke anak saya akan ada masalah tiroid?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penurunan bacaan jaundis nya nampak cantik. Tapi doktor tetap perlu ambil test prolong jaundice kerana bayi puan masih jaundis lebih dari 14hari. Puan jangan risau, pastikan puan hadir pada temu janji utk review result darah nanti. teruskan penyusuan susu ibu.

      Delete
  29. assalamualaikum doktor.. ank sy kuning lebih 14 hari.. doctor kk telah ambil test darah ank sy.. result hari ni doktor kk ckp kuning baik tu oke da cuma kuning jahat 18 septutnye kne 15.. adakah bahaya untuk anak sy..

    bacaan pertama 10.4
    bacaan kedua 9.8
    bacaan ketiga 6.6
    bacaan keempat 7.9
    bacaan kelima 7.2

    ReplyDelete
  30. Assalam doktor..
    Boleh ke cucuk imunisasi baby satu bulan sekiranya masih ade kuning..bacaan kuning 10..

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum dr... Usia bby sy skrg da 14 hari... Ari ni ambil ujian LFT ni kputusan dia:
    Total billirubin :136
    Indirect billirubin: 125....
    N dr refer bby sy ke pakar.. Ok ke keputusan lft ne dr sbb sy risau klo jd pa2 dgn bby...

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum dr... Usia bby sy skrg da 14 hari... Ari ni ambil ujian LFT ni kputusan dia:
    Total billirubin :136
    Indirect billirubin: 125....
    N dr refer bby sy ke pakar.. Ok ke keputusan lft ne dr sbb sy risau klo jd pa2 dgn bby...

    ReplyDelete
  33. assalam doctor. anak saya berusia 45 hari dan bacaan hati adalah pada paras 700. adakah keadaan ini membimbangkan? terima kasih.

    ReplyDelete
  34. Doc..sy nk tnya.anak sy hari ni hari ke 12 jaundis..bacaan jaundisnya turun naik..khamis lepas hari ni bacaan jaundis nya 282..smlm 244,kelmarin 266, khamis 244..ape perlu sy buat ye?susu sy banyak.sy susukan baby sy kerap.1-2jam sekali..walaupun dia tdo,sy kejutkn dan bagi susu..najis nye warna kuning..urinnye kuning..

    ReplyDelete
  35. Doc. Tumpang tanya. Anak saya 3 bulan 10 hari dah. ALP dia tinggi sampai 742. Lepastu doc suruh makan appeton 1ml sahaja. Tapi saya risau nak bagi sebab under 6 bulan lagi. Saya nak minta pendapat doc tentang pengambilan appeton untuk menurunkan ALP ni? Okay ka tak? Ataupun ada cara lain?

    ReplyDelete
  36. Doc. Tumpang tanya. Anak saya 3 bulan 10 hari dah. ALP dia tinggi sampai 742. Lepastu doc suruh makan appeton 1ml sahaja. Tapi saya risau nak bagi sebab under 6 bulan lagi. Saya nak minta pendapat doc tentang pengambilan appeton untuk menurunkan ALP ni? Okay ka tak? Ataupun ada cara lain?

    ReplyDelete
  37. Doc. Tumpang tanya. Anak saya 3 bulan 10 hari dah. ALP dia tinggi sampai 742. Lepastu doc suruh makan appeton 1ml sahaja. Tapi saya risau nak bagi sebab under 6 bulan lagi. Saya nak minta pendapat doc tentang pengambilan appeton untuk menurunkan ALP ni? Okay ka tak? Ataupun ada cara lain?

    ReplyDelete
  38. Info yang bagus, terima kasih Dr. tgh mencari ilmu berkenàan prolonge jaundice, anak ke-4

    ReplyDelete
  39. Salam doktor, saya baru dapat keputusan ujian LFT anak saya , dan menurut staff nurse, ianya tinggi daripada bacaan normal. Lagi dua minggu kena repeat LFT, boleh doktor terangkan apa punca dan kesan sekiranya keputusan ujian LFT anak sy tak berubah?

    ReplyDelete
  40. Assalam doc..

    Anak perempuan sy lahir pada 26/08/2018 Dgn berat 2.95kg

    Pada hari ke-3, jaundice dia pada bacaan 183 naik smpai 220..

    Last bacaan kuning pada 17/09/2018 ialah 116.. Mmg Nmpak penurunan, tapi Sgt lambat.. Isteri sy mmg continue Dgn breast feed..

    berat anak sy naik sebanyak 1.25kg kini 4.2kg dan Kencing berak smua OK..

    Pada hari ini, ada lah hari ke 29, check smula bacaan naik pula kepada 132.

    Buntu jg sy, any advice from doc?
    :-(

    ReplyDelete
  41. Assalam doktor.

    Anak perempuan sy lahir pada 26/08/2018 Dgn berat 2.95kg..

    Pada hari ke-3, bacaan kuning adalah pada 180 dan naik kepada max 220.

    Dan pada 17/09/2018, Bacaan kuning terus menurun kepada 112 sahaja.Sgt lmbt penurunan nyer.. Walaubagaimanapun, berat anak saya naik sebanyak 1.25kg, kini 4.2kg.
    Kencing berak smua tkda Masalah..

    Pada hari ini, hari ke 29, check smula kuning, naik pula sebanyak 132.
    Saya Buntu lah doktor..

    Isteri sy masih continue breastfeed .

    Any advice from doctor? :-(

    ReplyDelete
  42. Assalam doktor.

    Anak perempuan sy lahir pada 26/08/2018 Dgn berat 2.95kg..

    Pada hari ke-3, bacaan kuning adalah pada 180 dan naik kepada max 220.

    Dan pada 17/09/2018, Bacaan kuning terus menurun kepada 112 sahaja.Sgt lmbt penurunan nyer.. Walaubagaimanapun, berat anak saya naik sebanyak 1.25kg, kini 4.2kg.
    Kencing berak smua tkda Masalah..

    Pada hari ini, hari ke 29, check smula kuning, naik pula sebanyak 132.
    Saya Buntu lah doktor..

    Isteri sy masih continue breastfeed .

    Any advice from doctor? :-(

    ReplyDelete
  43. Salam dr anak saya dah 37 hari tapi masih ada jaundice pemeriksaan ujian darah dia 118 .. Adakah bahaya ...?

    ReplyDelete
  44. Doctor saya nak tanya anak saya baru berusia 6hari..tapi penyakit kuning nya turun naik sekarang da 297..apa perlu saya lakukan ..ni kira anak pertama saya

    ReplyDelete
  45. Salam doctor.. Anak sy lahir 39w 4d dgn berat 3.92kg.. Baby girl.. Baby berdarah B+ dan ibu juga berdarah sama.. Bacaan jaundice
    hari ke 2 adalah 8.9..
    Hari ke 3 adalah 10.9..
    Hari ke 4 adalah 11.5
    Hari ke 5 adalah 12.6
    Hari ke 6 adalah 13.1
    Hari ke 7 adalah 14..

    Bayi aktif.. Menyusu dgn kerap.. Kerap kencing dan berak..

    Saya risau n apa perlu dilakukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam puan, buat masa ni bacaan jaundis anak puan semakin menaik.. puan perlu continue menyusu seperti biasa dan jangan miss untuk repeat bacaan jaundisnye setiap hari. sekiranya bacaan makin naik melebihi 16, baby kene admit untuk phototherapy.

      Delete
  46. Assalamu sis..sy nk Tanya..anak data baby PREM..lahir 35w5d..g6pd deficiency.prolonged jaundice.sekarang umur anak sy 1 Bulan 5 Hari dah(pada tarikh Hari ini 13/10/18)..sebelum discharge ward Tu Hari dah cek darah n kencing Dan results semua normal..tapi kenapa sampai sekarang anak sy Masih kuning?sis ada masa Balas ya..terima kasih

    ReplyDelete
  47. Assalam doc sy nak tanya...anak sy byi pramatang...dan baru2 ni..anak sy prolong jaundis...hari yg ke 23 bacaan anak sy masih 11.0...doc kk sruh buat lft..fbc..tsb..feme dan tsh/ft4...
    Bacaan utk lft :
    TP : 51 (64-83)
    Albumin : 34 (35-52)
    Globulin :17(18-42)
    BiliT : 133.6
    ALP : 465
    Alt :21 (0-55)
    Ast :50 ( 5-34)

    Tsh : 4.89 (0.27-4.20)

    Ufeme : Ph 9 (result lain neg)

    Fbc :
    Rbc :3.39 (4.0-5.5)
    Platelet : 487 (150-400)
    Hematocrit : 106.7 (82.98)

    Result yg lain tu normal..yg high sikit2 ni sy cuma nak tau...ada masalah ke pada darah ank sy..

    ReplyDelete
  48. Assalam doc sy nak tanya...anak sy byi pramatang...dan baru2 ni..anak sy prolong jaundis...hari yg ke 23 bacaan anak sy masih 11.0...doc kk sruh buat lft..fbc..tsb..feme dan tsh/ft4...
    Bacaan utk lft :
    TP : 51 (64-83)
    Albumin : 34 (35-52)
    Globulin :17(18-42)
    BiliT : 133.6
    ALP : 465
    Alt :21 (0-55)
    Ast :50 ( 5-34)

    Tsh : 4.89 (0.27-4.20)

    Ufeme : Ph 9 (result lain neg)

    Fbc :
    Rbc :3.39 (4.0-5.5)
    Platelet : 487 (150-400)
    Hematocrit : 106.7 (82.98)

    Result yg lain tu normal..yg high sikit2 ni sy cuma nak tau...ada masalah ke pada darah ank sy..

    ReplyDelete
  49. salam puan. . sy ingin bertanya lebih lanjut tentang mslh fungsi hati pada bayi .. bayi sy fungsi hati dia tinggi 1129 ,apa risiko jika fungsi hati bgtu tinggi pada bayi berumur 4bln ? sy sgt bimbang mslh fungsi hati bayi sy ni ..

    ReplyDelete
  50. Asalam doc, anak sy da 16 hari dan bacaan jaundis semakin menurun. Stakat harini 114. Tp kna bt prolong jg. Cuma kptusan x kluar lgi. Sblm ni 197-219-212-171-149-114. Adakah penurunan ini dikira progress yg baik?? Ank sy minum BF n campur Susu tmbhn. Adaka sbbkn susu tmbhn jaundis dia lmbt sdikit trun?

    ReplyDelete
  51. Assalam doktor, anak sy lahir 38weeks 4days. Bacaan jaundice:
    D4-197
    D5-225.6
    D6-267.8
    D7-300.5
    D8-290
    D9-272
    D10-315
    D11-237
    D13-183.4
    D14-151
    D21-94.4
    D25-7.3mg/dl

    Doktor dh sruh refer utk cek darah n urin. Soalan sy adakah bahaya prolonged jaundice ne? Sbb saya,suami dan ank darah O. Ank susu kuat cuma buat msa skrng x bg susu bdn sbb sy kena chicken pox. Tp start D23 dia xde berak langsung smpai skrng D25. Sy agak susah hati. Adakah d sbb kan x bagi susu bdn?sbb sy tkut nk bg susu bdn sy tkut dia terjangkit chicken pox sy ne. Mohon pencerahan doktor. Terima kasih.

    ReplyDelete
  52. doktor,bayi sy lahir pada 11.11.18 secara pembedahan pada usia kandungan 37w 2d , baby boy, berat 3.21kg .pada 13hb detect kuning dgn keputusan ujian 189 . adakah bahayanya sehingga mmg di perlukan utk fototerapi.tq doktor

    ReplyDelete
  53. Salam nak tanya,bacaan kuning baby sy dah below 100 iaitu 81.3, n nurse@doctor bgtau dh xperlu cek kuning kt klinik dh sbb dh bebas kuning. Berak kencing smua xde masalah. Menyusu pn ok cuma sy perhatikan muka baby sy masih lg nmpk kuning bila dia menggeliat,dkt bahagian batang hidung. Adakah tu normal?

    ReplyDelete
  54. salam puan,anak saya prolonged jaundice.lahir 36 weeks.berat 2.49 masa lahir.haritu dah amek ujian liver.pihak kk cakap normal xda masalah.sekarang untuk amek ujian full blood count pulak.cuma semalam saya pergi klinik swasta sebab baby sy meneran sakit perut tp xberak.menangis2.doktor cek tekan2 perut dia ckp dia ada terpegang liver.means risau bengkak hati.tapi doktor tu suruh pihak hospital investigate.tapi result liver test kk normal.saya risau kalau dia betul2 ada bengkak hati

    ReplyDelete
  55. Doc, anak saya hari ni day 11.. smlm bacaan 283. Hari ni naik 287..bacaan dia naik turun..ada kemungkinan kerana anak sulung sy prolonged jaundice..adik2 dia pun prolonged jaundice? Terima kasih atas info yg sgt berguna

    ReplyDelete
  56. salam doktor... baby sy sudah buat ET kerana kuning dia 450..tp ape kesan akn mendatang kerana dia adlh slh seorg bayi bt ET

    ReplyDelete
  57. Salam dr..sy cume nak tau..biasanya berapa hari ambil masa untuk pulih jaundice ni?

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum ... Doc anak saya perempuan lahir cukup bulan .. Berat lahir 3.87kg.. Hari ke 14 bacaan kuning anak saya 12... Doc kkia terus discaj... Normal ker . Sebb doc kata bacaan normal mesti 5... Can you explain me .. Ibu yg susah hati. ..

    ReplyDelete
  59. Salam doc..baby Saya lahir 19/12/2018.berat 3.5kg..lahir pukul 9.05 pg..
    Bacaan tsb ank Saya
    232
    212
    188
    195
    156
    Hari ke 16 147.
    Hari ke 20 kne repeat lg.dan dimaklumkn kne ambil darah..mohon penerangan..

    ReplyDelete
  60. Salam doc..baby Saya lahir 19/12/2018.berat 3.5kg..lahir pukul 9.05 pg..
    Bacaan tsb ank Saya
    232
    212
    188
    195
    156
    Hari ke 16 147.
    Hari ke 20 kne repeat lg.dan dimaklumkn kne ambil darah..mohon penerangan..

    ReplyDelete
  61. salam doktor.. harini anak sy genap 14 hari dan bacaan kuning dia trun pg 92. btw sebelum ni (12/01/19) bacaan kuning dia 138. boleh nampak jauh beza trun tu bukan? dan yes sprti sy sdia maklum had bg bacaan normal 14 hari = 85. so beza dalam 7. jadi persoalan sy, patut kah juga anak sy jalani proses ambil darah trsebut? adakah beza sedikit sprti demikian tidak ada kompromi? hrp sgt la doktor bg pencerahan. bukan apa, sbagai parents, mna la snggup anak kna cucuk2 kan. dan prbezaan trsbut trlalu dkat. bukan nak blame siapa2, cuma ingin tau. trma kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. bergantung kepada doktor yang check tu. sebab bayi puan kena di check dan examine clinically jugak. kalau anak puan secara klinikalnye nampak sihat, tak nampak kuning, aktif, doktor akan minta repeat darah sekali lagi nanti. Tapi kalau dapat doc yang ikut buku betul2, dorang akan ambil jugak darahnye.

      Delete
  62. Salam dr..ank sy lahir berat 3.18kg.. pd hri ke 14 bacaan kuning 82 so nurse off sbc..hri tu checkup sebulan berat ank sy 3.2kg..dr suspek ada kuning lg dan dah ambil sample air kencing tp xtau rslt lg..adakah sbb kuning ni berat ank sy tak naik? Sy susu bdn sepenuhnya..

    ReplyDelete
  63. Doktor saya nak tanya pada hari ke 9 dan ke 10 berapakah bacaan untuk jaundice yg memerlukan fototerapi?

    ReplyDelete
  64. Assalam doktor.ank sy lahir 35 weeks.berat 2.5kg.bcaan bilirubin hari ke 2 adalah 270.
    D3-265/238(2 lampu)
    D4-244/250(1 lampu)
    D5-123 discharge
    D8-258
    Day 30 doktor bgtau hnya kuning paras dada dn muka sahaja.doktor suruh follow up check darah.
    Adakah sgt bhaya utk baby prem kerana dlm mata masih kuning.baby sgt aktif.berat brtmbh 1.2kg.kerap menyusu

    ReplyDelete
  65. assalammualaikum, nak tanya pasal ambil darah, anak saya 1 minggu lepas dah ambek darah 1 tabung sebab dah 12 ari kuning xturun lagi, lepas tu minggu ni kena ambil lagi 3tabung pulak sebab kuning xturun lagi pada 5mg, baru 7 lebih je kuning die..

    mengikut aturan yg benar boleh ke darah diambil dari persakit seminggu atau 2 minggu sekali?

    ReplyDelete
  66. Salam doktor..anak saya sekarang nak genap masuk 14hari kuningnya masih tinggi hati ke13 check dekat kk masih 214..doktor kk ada bagi surat untuk ke hospital buat temujanji dengan doktor sana..tapi sekarang anak saya kerap tidur,susu pun kurang..kuning dimata dan badan nampak terang..macam mana cara untuk ni ye doct

    ReplyDelete
  67. Assalamualaikum Dr.
    Anak sy pre mature, hari ni hari ke-23, masa hari ke-21, ada temujanji di Nicu, Dr bgtau baby pro long jaundies.
    Dr ada ambil sampel darah juga air kencing baby.


    Soalan saya:
    Adakah saya perlu check up di Klinik Kesihatan seperti biasa atau tidak? Memandangkan setiap 2minggu baby ada temujanji di NICU.

    Terima kasih Dr.

    ReplyDelete
  68. assalam doktor...
    day 15, kuning masih 11, ibu berdarah O, apa pendapat doktor?

    ReplyDelete
  69. Assalamualaikum dr,
    anak sy prolong jaundice sebab hari ni hari ke 22. bacaan masih 116. bacaan jaundice spt dibwh:
    day 3 : 213
    day 5 : 210
    day 7 : 217
    day 8 : 201
    day 10 : 169
    day 13 : 123
    day 15 : 128
    day 22 : 116

    ms day 15 doc dah ambil darah utk ujian. view result hari ni hari ke 22. darah normal. tp disebabkan bacaan hari masih belum capai tahap normal 85, doc minta repeat blood test dan air kencing lagi esok & akan review result dalam ms 3 minggu.

    soalan sy:
    1. apa pendapat doc bacaan tsb anak sy?
    2. dalam masa 3 minggu lagi utk tunggu result darah, apa patut sh buat. dan adakah sy ptut risau? ada apa2 risiko ke?

    ReplyDelete
  70. Assalamualaikum dr,
    anak sy prolong jaundice sebab hari ni hari ke 22. bacaan masih 116. bacaan jaundice spt dibwh:
    day 3 : 213
    day 5 : 210
    day 7 : 217
    day 8 : 201
    day 10 : 169
    day 13 : 123
    day 15 : 128
    day 22 : 116

    ms day 15 doc dah ambil darah utk ujian. view result hari ni hari ke 22. darah normal. tp disebabkan bacaan hari masih belum capai tahap normal 85, doc minta repeat blood test dan air kencing lagi esok & akan review result dalam ms 3 minggu.

    soalan sy:
    1. apa pendapat doc bacaan tsb anak sy?
    2. dalam masa 3 minggu lagi utk tunggu result darah, apa patut sh buat. dan adakah sy ptut risau? ada apa2 risiko ke?

    ReplyDelete
  71. utk bayi perempuan,ssh nk dpt byk air kencing yg ditadah...blh ke hntr ke lab klu skit je yg dpt?

    ReplyDelete
  72. Salam doktor...saya nak tanya..apa perbezaan result thyroid yang dibuat ketika lahir di hosp swasta (kata doktor kk, ianya diambil dari darah tali pusat) berbanding dengan darah yang diambil di tangan?

    ReplyDelete
  73. Assalammualaikum doc.. ada x tips makanan utk ibu bayi yg menyusu kan bayi jaundice..

    ReplyDelete
  74. Hai doktor..hri ke 14 ank sy cek kuning dri 178.trun ke 138..adakah perlu cek darahh.. Untuk prolong ni

    ReplyDelete
  75. salam.. nk tnya... anak sy dh lbih 1bln..tpi kuning naik balik mcm mne tu ye

    ReplyDelete
  76. Hai dr...anak sy breastfeeding jaundice,latest tsb 169 . ujian drh n urine ok.baby pon xde mslh mnyusu dll.ujian darah tu kene buat setiap brpe weeks ye ,,sbb ujian drh anak sy cuma dibuat sekali shj iaitu pd usia nya 15 hari .skrg dh 35 hri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. nanti akan ada temu janji dengan nurse. nurse akan tgk anak puan semula..samada kuningnya sudah betul2 hilang atau masih ada. kalau masih kuning dan perlu repeat ujian darah, baru dirujuk semula ke doktor. kalau breastfeeding jaundice sahaja, maksudnye anak puan xde masalah yang serius. dan kuning tu akan beransur pulih selalunye.

      Delete
  77. Hai dr..sy baru review result darah utk prolonged jaundice baby sy..urine semua ok..kuning pn dah ok..cuma ada satu perkara yg xberapa pasti..kenapa ye doc bagi multivitamin utk diberikan kpd baby sy..sy xberapa dengar explanation doc kerana bby sy menangis nak tidur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syr multivitamin akan diberi sekiranya berat bayi kurang atau bayi ada masalah kurang zat besi yang menyebabkan darah merah rendah. apepun, puan sentiasa boleh call klinik tersebut dan bertanya semula kepada doktor berkenaan kenapa anak puan diberi sirap multivitamin. itu lebih selamat.

      Delete
  78. Hi dr.. hr ni merupakan hr yg ke 14 anak sy ambik darah dan ada penurunan sedikit dr sblumnya. Turun sebanyak 11 dr 127..dr ckp nt isnin ni last ambik darah.. kalo masi dlm lingkungan seratus dia suh ambik darah n air kencing.. persoalan sy, result utk prolonged jaundice kan sebulan so adakah spanjang sebulan tersebut sy kena jga mkn.. i mean xbole mkn mknn yg ada rempah atau dibolehkan? Tq dr

    ReplyDelete
  79. Salam. Sy nk tanya pendapat dktr. Sy baru balik dr repeat TSB anak sy td. Hari ni hari ke21. TSB anak sy dh 5.8 .Prlu jgk ke ambik sampel darah banyak2 tu kt tgn dgn sampel air kencing anak sy. Aduhai, x kuat sy tgk tgn kecik baby kena cucuk2 mcm tu.sikit je lg kuning dia nk turun tu.

    ReplyDelete
  80. Salam Dr..masa hari ke39 bacaan kuning ank saya 132 doc klinik cakap dah tak payah datang cek.sekarang hari ke51 saya nk tanya boleh ke bacaan kuning naik balik?sebab saya dh start mkan lada hitam serta adakah bawang putih salah satu pnyebab kuning boleh naik?

    ReplyDelete
  81. *Susu Kambing Segar Rawang*

    Produk Sangat Berkualiti & HALAL!!!
    💫100% Tulen
    💫100% Tiada Bau
    💫100% Tiada Pengawet
    💫100% Tiada Pemanis
    💫100% Tiada Perasa Tambahan

    *READY STOCK*
    🌸 250ML/Satu Botol
    -Self Pickup tiada minimum buy
    -9:00Pagi - 12Mlm setiap hari

    🌸 Penghantaran Boleh Deal Tepi:-
    -Pembelian minima 10 botol
    -susu segar tidak sesuai dihantar melalui PosLaju

    🌸10-50 Botol = Rm5.00/Satu
    🌸51-100 Botol = Rm4.50/Satu
    🌸101-Ke-Atas = Rm4.00/Satu

    🌸Boleh Waze "Susu Kambing Segar Rawang"

    Hubungi Saya Sekarang
    Ms Delaila
    601110019338

    ReplyDelete
  82. Hai dr.. Saya nak thu bacaan normal utk prolong jaundies ni berap
    a ya?

    ReplyDelete
  83. Hai dr.. Saya nk tahu bacaan normal urine untuk prolong jsundies ni berapa ya?

    ReplyDelete
  84. Salam doc..anak sy baru 32 hari pd tarikh 19.5.20...dilahirkn 37mggu 2 hari sbb sy mngalami kncng mnis n drh tggi msa mngdngkn dia..dia disahkan prolog jaundice dan dlm msa yg sama ada mslh jntng brlubang 0.32cm..pmvsd with asd secundum...td cek di kk bacaan dia iaoah 7.9...sy krng psti jnis bacaan yg ratus2 dan point2 nie...tp doc di kk memberitahu kuning dia msih tggi...pda umur bby sy ni seharusnya kuning dia brpe??dia bf sje..sehari anggatan naik berat bdan dia 40g ke 60g..boleh doc jelaskan dgn lbh lanjut?

    ReplyDelete
  85. Assalamualaikum doktor.

    Anak sy dah 46 hari masih belum normal bacaan TSB nya. Last check up pada 9/6 bacaannya 146 @ 8.54 dan perlu repeat pd minggu depan. Result ujian darah & urine semua ok. Cuma tak dpt lagi result thyroid. Ni paling lama anak sy kena jaundice. Anak sulung pun lama juga dalam 38 hari.

    Cuma sy nak tanya, betul ke kalau anak kena kuning ni tak boleh tidur dalam keadaan ruang bilik yg gelap/samar? Adakah ianya mempengaruhi bacaan TSB? Selalu sy dengar larangan baby jaundice tak boleh tidur dalam ruang gelap,nanti kuning tinggi.

    Mohon penjelasan dari doktor. Tqia

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. maaf lambat jawab. baru berkesempatan utk check blog hari ini. Dari segi perubatan, tiada fakta atau kajian lagi pasal tidur dalam gelap ni. Dan tiada larangan juga. Jadi boleh utk bayi tidur di dalam gelap walaupun bayi tersebut ada jaundice.

      Delete
  86. Hai dr, umur ank sy sbulan ALP result dia 291.. sy nk tnye, apakah penyebab ALP tinggi dan ape kesannye? Ape yg sy ptt lakukan utk trnkn ALP baby sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, maaf lambat jawab. baru berkesempatan utk check blog. dalam english nye kite panggil transient hyperphosphotaemia. Sekiranya bacaan darah lain normal, bacaan ni besar kemungkinan tidak merbahaya dan akan kembali ke paras normal dalam masa beberapa minggu ke beberapa bulan. ujian darah akan di pantau dari masa ke semasa. begitu juga dengan symptoms2 tertentu. buat masa ni puan cuma perlu teruskan menyusu seperti biasa. jaga pemakanan dengan makan makanan berkhasiat. puan jangan ambil apa2 jamu. follow appoinment doktor utk pemantauan ujian darah yang seterusnye. hati kanak2 masih belum matang sepenuhnya lagi.

      Delete
  87. Salam sejahtera Dr.
    Sy br dpt ank(baby) yg pertama dlm usia 13(7hb-Ogos-2020)..ank sy msk. Ad kuning,blh kah sy bg minum susu kambing & sekira nya blh berapa sukatan air susu kambing yg blh sy beri kpd baby sy.

    ReplyDelete
  88. Hello doc..ank sy premie..lahir 30 minggu..skang ada kat nicu hkl..skang nie nurse ada msalah nk cari line baby msukkan ubat..n nurse kata nk cukur rmbut baby n nk cucuk kat kepala baby..apa kah kesan nya nnty doc??

    ReplyDelete
  89. Hi doc , tumpang tanya , masa checkup sebulan haritu , dokter kata muka anak saya still nampak kuning sikit , tapi mata dia dah tk kuning . and result darah & air kencing pon semua normal . so ape eh yg menyebabkan anak sy kuning terlalu lama ni ? harini hari ke 39 , kadangkadang bila muka dia merah nampak la cam kuning sikit , sy tktahu kulit dia mmg warna cmtu ke apa .


    thankyou sudi response .

    ReplyDelete
  90. Salam doc, apa y menyebabkn breast milk jaundice? Ada kah pemakanan sy, tp sy xda ambil sebarang jamu, perlu ke saya campur susu fm pada baby

    ReplyDelete
  91. Assalamualaikum doc..
    Sy nak tanye jika bacaan kuning anak statik je dlm 2 minggu masih lg 8 ada risiko apa2 x..anak usia hampir sbln..kerap sgt amik darah utk check kuning..sy fully bf..mkn stakat ni pantang xde amik yg pnas spt halia,lada hitam..
    Mmng merisaukan sy..

    ReplyDelete
  92. Salam docter nak tanya. Anak sya msa hari ke 3 di lahirkan kuning dia 230 kena tahan hsptl 2hri dan skg anak sya suda 26hri kemarin check kuning dia 97. Dan hari dh ambil esok kena hntr kencing plk. Adakah Anak saya di kira prolong jaundice?

    ReplyDelete
  93. salam..saya nak tnye anak sy prolonged jaundice..skang tgh follow up dngn pakar kanak2..utk cek sama ada anak sy billiary atresia atau tidak..tp dari pemantauan yg sy buat melalui najis n air kencing die sume normal..adakah sebab lain yg menyebabkan kuning anak sy masih dh hilang

    ReplyDelete

I read:

Makeup geek