ANAK DEMAM PANAS, APA YANG IBU BAPA PERLU LAKUKAN?

1:52 PM

Assalammualaikum,

Lately ramai betul bayi dan kanak-kanak yang demam panas datang ke klinik untuk dapatkan rawatan. Bertalu-talu. Bile anak demam ni, kita pasti akan tertanya-tanya dan jadi risau apa yang perlu dilakukan? Air asam jawa? Bawa jumpa doktor? Jerlum sahaja? So, hari ni nak bagi sedikit tips-tips dan petua bagi yang ade anak kecik di rumah.

1)PASTIKAN ADA THERMOMETER
Para ibu bapa sekiranya mampu, pastikan ade satu alat penyukat suhu (thermometer). Paling bagus beli yang jenis digital. Tembak je dah keluar reading. Harga range dari rm70-rm100+. Tapi sangat membantu. Suhu 37.5 keatas, anak kita ada demam lah tu ye.

2) STANDBY UBAT DEMAM
Ubat boleh disimpan dalam peti sejuk. Ubat yang belum dibuka,bole disimpan sehingga tarikh luput. Tapi ubat yang sudah dibuka dan di pakai, saya sarankan simpan hanya untuk seminggu sahaja kemudian perlulah dibuang. Ubat demam yang boleh disimpan adalah yang berbentuk syrup ataupun suppository (ubat masuk dlm bontot). Ubat suppository pula ada dua jenis paracetamol dan voren. Suppositori voren bagus bagi suhu 38-39 ke atas, tapi pastikan anak anda tidak allergi dengan ubatan tersebut. Bile noted suhu badan anak anda tinggi, berila ubat demam mengikut berat badannya.

3)JERLUM
Basahkan badan anak anda dengan air biasa. Ianya membantu untuk menurunkan suhu badan. Suhu badan yang tinggi mendekati 40 darjah boleh menyebabkan sawan!

4)TANYA ANAK ANDA DAN PERHATIKAN...
Tanya anak anda:

Adakah mereka sakit tekak?
Sakit telinga?
Sakit perut?
Cirit birit?

Perhatikan samada mereka mempunyai ruam?
Sekiranya mereka batuk? adakah nafas mereka laju? Nafas berbunyi bising /wheezing? lihat pada bahagian rusuk yang terakhir,adakah melekuk ke dalam?
Adakah anak anda hilang selera makan?
Bagaimana kencing mereka? Banyak atau sedikit?-pantau pampers anak anda. Berapa kali tukar?

Sekiranya ada tanda2 sedemikian bawa anak anda berjumpa doktor

5)JUMPA DOKTOR
Lagi cepat jumpa doktor lagi baik. Anda perlu tahu sejarah penyakit anak anda. Adakah anak anda ada asthma/thalassemia atau penyakit2 kronik yang merbahaya?

Demam batuk sesema, ada kemungkinan disebabkan oleh virus ataupun bakteria. Untuk mengetahuinya dengan tepat, ujian darah perlu dilakukan (atas kebenaran ibu bapa). Apabila berjumpa doktor, anak perlu memberikan maklumat yang tepat seperti durasi (tempoh) penyakit yang anak anda alami, bagaimana karakter demam/batuk anak anda. Soalan-solan yang disenaraikan di atas perlu anda jelaskan kepada doktor.

Misalannya, kanak-kanak tersebut demam batuk sesema, tetapi menjadi terlalu letih kerana tidak makan selama 5hari. Saya selaku doktor, sy sarankan kanak-kanak tadi diadmit ke hospital  kerana kurang selera makan yang melampau sehingga menyebabkan keletihan/lethargy.

Janganla dah seminggu batuk baru nak bawa anak jumpa doktor pukul 3/4pagi. Jumpa doktor seawal mungkin. Bukan bile dah teruk baru bawa.

Saya harap perbincangan kali ini dapat membantu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai soalan boleh tanya dibahagian komen :)

You Might Also Like

0 comments