Love of my life

4:50 PM


For the past 2 months was a tough period for me..Mula-mula wardina sakit...lepas tu adik pulak sakit sampai kena warded. Sampai nangis-nangis da mama ni haa. Imran dah keluar ward, mama pulak demam until now ,coughing and flue tak kebah-kebah.I wonder what kind of virus or bacteria yang menginap dalam badan nih. Tuhla orang kata, apa pun dalam dunia ni..nikmat sihat tu yang paling bermakna. No matter how rich you are..how clever you are..hatta ko specialist skali pun, kalau dah sakit, rebah jugak babe. 

So,macam yang dibincangkan hari tu, kitorang hantar wardina and imran balik ke rumah nenek. Imran had another episode of fever last night..temperature varies dari 37.5 to 39C. Mama dah mamai-mamai..cepat2 bagi ubat and tepid sponging imran kaw-kaw nye..sampai mengigil-gigil budak comeyh tu. Sorry la imran...Mama bangun dari pukul 3 sampai la sekarang tak tido. Papa bangun kejap amikkan air nak lap imran..tengok-tengok eh mana laki aku ni?Da tido da balik..Grrr.. Dari kul 3 pagi tu sampai kul lah kul 6pagi,mama terus sambung gi kerja. Papa antakan mama... maklumla skill driving kureng sket kan..huuuu..sendu!



Harap-harap kali ni demam sebab nak teething je lah. Walaupun tak nampak tanda-tanda imran nak tumbuh gigi, tapi gusi die boleh tahan..kalau kene gigit macam ketam baham jugak rasanya. Batuk sesema takde, cume yang mama risau imran terjangkit kuman ketegaq mama nih je..haihhh.. dah dua jenis antibiotik mama khatam...tapi tak mati2 jugak. Maybe betul kot virus. 


Takpe..yang penting jangan putus doa..InsyaAllah nanti baik..Orang lain Allah uji lagi berat..Jadi kita kena kuat. Tengok imran pun dah start nak makan sekarang..menganga je macam anak burung. pantang disua je die nganga..sampai naik konfius anak aku ni tak kenyang2 ke?



Mama just harap imran boleh cepat-cepat sket merangkak lepas ni..Bile mama citer dekat papa dorang,nenek cakap imran ni slow la merangkak..mengesot je pandai kebelakang..papa pun cakap "Eh, bukan sayang dulu-dulu pon mengesot ke. Macam sayang la tuu". Huuu...ingat plak laki aku ni pasai kisah aku kecik-kecik. Tutup muka rapat-rapat. *malu*


Tadi call nenek..nenek cakap sume happy bermain dekat rumah..Hari ni ada 7 budak kat rumah tu..dah macam taska dah.. Entry ni sebenarnye dah rindu kat dorang la..2 hari dok bergomol sakan dekat rumah dengan dorang..tibe-tibe kene gi keje...homesick la mama...Tak sabar nak balik..Hari ni kene travel jauh sikitlah jawabnye..Takpe, demi anak-anak mama kene kuat! (sambil buat muke semangat!). Oklah..nak siap-siap nak balik dah ni. :)

You Might Also Like

5 comments

  1. nak tanya skit boleh..if ank umo 1 thn 10 bln.. dia asik batuk2 dlm 3,4 arie cmtu.. jmpa doc dia bg ubt batuk,demam and antibiotik sekali.. sy ada terbaca yg klu boleh elakkan ambk antibiotik sebab tak nak kuman dlm badan sebati dgn antibiotik..klu dh sebati nnt susah nak recover..memandangkan ank kecik lg..ptut ke sy elakkan dlu antibiotik sbb dia cuma batuk + demam skit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salu kalau demam batuk sikit mungkin demam disebabkan virus..tapi kalau dah lama sgt more than 5days maybe disebabkan bakteria.untuk kepastian sebaiknya amik ujian darah untuk tengok keputusan white cell count(sel darah putih).tak salah nak challenge dengan antibiotik.kalau dah mulakan antibiotik,syaratnya kita kene bagi mengikut masa dan kena habiskan untuk mengelakkan rintangan antibiotik.

      Delete
  2. Bila anak sakit macam tu la.. Saya kalau anak sakit bergilir2 bangun lap2 badan kepala. Nak bagi panas turun. Mujur anak saya ni tak kerap sakit. Comel2 anak awak... geram tengok gebu2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih...tuhla..si adik ni first time sakit teruk cenggini..tapi Alhamdulillah dah baik dah cuma kena jaga pemakanan die je sekarang. Bila anak2 sakit,mak ayah la yg kene jadi zombie bangun malam2..huhu:)

      Delete
  3. alahai,, semoga anak ML semua sihat dan dilindungi dari sbrng penyakit viral.

    ReplyDelete