Let's start with the pre-wed ~

12:07 AM

Assalammualaikum..memandangkan ramai yang ternanti-nanti akan gambar perkahwinan ML, ML mulakan dengan gambar pre wed dahulu lah ye..Gambar nikah dan sanding masih dalam proses. Alhamdulillah, hari ni majlis perkahwinan kami sudah pun lengkap pakej nya. Kalau sebelum ni hanya nikah 11.11.11, hari ni 4.12.11 selesai hutang majlis resepsi yang serba sederhana..

ML memang kalau boleh nak ajak semua orang datang, tapi apakandaya, nak sebarkan kad dan khabar majlis pun tak berkesempatan. ML mohon maaf kalau tak dapat nak ajak rakan-rakan blogger, sebab jadual ML seharian sangatlah padat.

Jadi, ML kongsikan gambar je la ek dengan korang. ML sedih jugak sebab ramai kawan-kawan yang rapat tak dapat hadir. Kebanyakkan nye sebuk dengan kerja, ade jugak yang kereta rosak tengah jalan. Dah takde rezeki kan..nak buat macam mana. Alhamdulillah majlis hari ni berjalan dengan lancar. Selesai sahaja majlis, hujan pun turun dengan lebatnye. Macam tau tau je hujan ni kan..Hehe...Okla, kat sini ML kongsikan la sikit gambar pre wed k...Nanti ML kongsi gambar nikah..pastu gambar sanding plak ok...:)




tetiber tersesat gambar colour satu..haha..layan~

Theme pre wed ML hitam putih actually..ML nak sumthing yang vintage tapi masih kekal unsur-unsur kemelayuan gitu..Sesi photoshoot ni dibuat before ML mula bekerja dulu, tu yang nampak chubby bulat je pipi tu kan..hehe..sekarang ni terlebih slim pim pim dah badan ni. Photoshoot di buat di rumah ML, dalam bilik ML, photographer nye pulak abang ML sendiri. Tukang make up tak lain tak bukan, ML sendiri dan tukang edit gambar encik suami tersayang la.. Simple kannnnn... ML buat pre wed sesikit ni pun untuk gambar banner/banting kahwin. Okla, bagi yang nak tengok gambar nikah, sabar sikittttt je lagi k...dah siap je nanti, ML share k? 

Salam :)

You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek