HIV test pra-perkahwinan dan puasa...

10:06 PM

Assalammualaikum semua..

Fuhh Fuhh..berdebu dah sikit blog ML neyh. Hari ni ML pergi buat HIV test dengan encik tunang. Pagi-pagi lagi dah menapak pergi klinik kesihatan Selayang. Mula-mula ingat nak buat dekat klinik swasta je. Kalau klinik swasta, rm25 untuk HIV test dan RM 130 untuk ujian Thalassaemia. Mahal babe! Rupa-rupanya hanya klinik kerajaan je dibenarkan bagi pasangan yang nak buat ujian HIV pra-perkahwinan. Sampai je di klinik, mak aihhhhhh...ramainye orang Selayang ni sakittttttt... Sampai nek gelap klinik tu ha..Ish Ishh..

ML pergi dekat kaunter pertanyaan. Takde orang pulak. Nasib la ade abang sorang ni datang tanye. Rupe-rupenye nak buat HIV test kene ade appointment. Hari yang free ade 16/8 ni. GULP! Lambat sangat tu. Kitorang nak setel hal kahwin ni cepat-cepat dengan tok kadi and JAIS sume. Tak leyh jadi ni! Encik tunang bukak 3G DIGI die tu and search klinik kerajaan lain. HAH! Dekat Salak Tinggi ade kosong hari ni! Buat appointment thru phone je. Encik tunang pergi kerja half day dulu. Pukul 3pm macam tu, barulah kitorang sampai ke Klinik Kesihatan Salak Tinggi. Punyelah jauhhh... Lagi jauh dari Putrajaya rupenye.. Huhu...


Kene bayar seringgit je untuk borang HIV tu. Lepas da siap isi, nurse tu datang sedut darah. Slurppp Slurppp..Sedap je ek isap darah orang bulan2 puase ni. Nurse tu siap buat 2 ujian sekali, HIV dan Thalassaemia. Alhamdulillah, kitorang ni bebas dari HIV. Lepas tu, ML gi amek number lagi sekali, nak jumpe dokte pulak sebab rase sakit tekak yang teramat sangat. ML sejak balik Malaysia ni, jarang sangat minum air kosong. So, inilah padahnye. Ulcer berleluasa dalam mulut tambah dengan sakit tekak. Memang complete set lah! So, korang sume, make sure malam-malam, minum air kosong banyak-banyak untuk compensate kehilangan air time berpuasa tau.

Puasa hari pertama ML masak macam-macam. Siap buat dua ekor ikan terubuk bakar bantut (sumbat inti kelapa di belakang ikan), sup sayur bayam and masak lemak ikan talang dengan pisang abu. Kebetulan pisang abu dengan ikan talang tu mak ML beli dari Kedah. Memang sedap habis lah. Abang ML makan sampai dua tiga kali tambah.  Encik tunang pulak kate pisang abu tu rase macam ubi. Haaaa... Kat kedah je ade tau pisang abu tu.. Tempat lain takde pisang tu. Huhu..

Hari kedua puasa, sebab pergi klinik kerajaan sikit punye jauh, tak sempat nak masak. ML dengan encik tunang pergi beli juadah berbuka puasa di pasar Ramadhan je, nak wat cam mane, sampai je dekat kedai mak ML, lagi 30minit nak bukak puase. Huhu...Terawikh kali ni, ML dengan mak buat di rumah je. Sebab kaki mak ML sakit-sakit. Kesian kat mak. ML akan kerja after raya, sebab mak ML dah lame tak raye dengan ML. Mak ML kate, kalau boleh die nak suh ML kerja tahun depan. Kekeke... Tapi tak best la cuti lame-lame, ramai jugak kawan-kawan ML yang dah mule daftar kerja semalam. After raya ni, ML akan setelkan interview, induction and kerja terus. 

So, selamat berpuasa ye rakan-rakan. Banyakkan ibadah sunat di bulan puasa yang mulia ni, yang wajib jangan pulak diabaikan. Assalammualaikum :)

You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek