My Graduation Day!!!

9:20 AM




Assalammualaikum semua..

Hai darling-darlingku sekelian!! Sorry la ek ML lambat update. Takde internet la...Sampai menangis-nangis ML dalam kereta sebab tak dapat cari internet. Hahaha... Nasib ade U mobile yang menyelamatkan keadaan. Laju pulak tu. Ni lagi laju dari Maxis broadband ni. Hari ni ML nak tunjuk kat korang gamabr grad ML. Dah lame ML janji kan nak tayang. Huhu. So, hari ni ML tunaikan. Ade banyak gambar, tapi ML letak yang mane ML sempat edit lah ye. Majlis Graduasi ML mule-mule berjalan lancar, big thanks to our graduation committee! 

Tapi disebabkan majlis grad ni kitorang gabung dengan international students yang lain (from 30+ countries..), dorang neyh tak paham english sangat agaknye, bile part ujung-ujung majlis tu,parents dorang dah mule turun ke bawah dok amek-amek gamba sampai kacau laluan photographer and students nak amek skrol. Pendek kate dorang dok wat style jakun la. Rase nak gi sekeh je orang-orang yang tak reti hormat majlis ni. Tau le anak tu baru grad, tak yah la dok datang sampai ke sit student-student semate-mate nak gi cium anak die la, nak bawak adik kecik bagi dukung la...Nak bergambar la, ini la..itu la...

Lepas tu pulak, atur cara grad kitorang dah diaturkan by our grad committee, semua dah cun la kirenye. Tiba-tiba, time hari grad tu, Baranov (orang pejabat dekan) memandai-mandai ikut aturcara die sendiri. Dah la macam-macam persembahan merepek di benarkannye. Siap ade dua orang penyanyi yang tak sedar diri, suara tak sedap, tapi lepas dapat wat persembahan time kitorang grad tu. Pastu, siap ade tarian orang asli dari Nigeria agaknye. Kekeke..ML memang dah tergelak-gelak da. Memang kelaka. Ade la dengar beberapa parents kawan-kawan ML merungut. ( Tuh la..sebab tu orang kate tak yah dok mai grad kat sini. Buang duit je. Baik kite simpan untuk gi haji. Berbaloi jugak). Tapi majlis tetap terkawal sebab grad committee member gi halau parents-parents yang jakun tu. 

Selamat tengok gambar ML ^____^























Suke tak? Suke tak? Nanti ML tayang gambar photoshoot dekat Red Square pulak k? Nak kene mandi plak lepas ni, sebab nak gi post office. Tadi orang MARA call, kate transkrip hilang. Orang MARA ni memang kalau wat keje tak hilangkan benda tak sah. Pastu kate la, "saye dah cari merata-rata, awak memang tak hantar". Sabar je la..ML ni la makhluk paling particular skali bab-bab borang ni sume. Dari rumah lagi dah letak dalam satu file. Sampai depan kaunter pun check lagi skali. Memang layak di sekeh jugak pekerja-pekerja MARA ni. ML malas dah nak gi panjat bangunan MARA tu. ML nak pos je la..Haihh..Sabar je la..

You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek