JALAN-JALAN MOSCOW AND KISAH BALIK MALAYSIA

9:22 PM

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, sudah hampir 2 minggu ML tinggalkan bumi Moscow. Exam dan majlis graduation tamat dengan sempurna. Alhamdulillah.

Jadi tourist guide







Lepas majlis graduation, ML, Yani dan Kaka jadi tourist guide mama Nadid. Kalau di Malaysia, rumah Nadid tak jauh dari rumah ML. Mak Nadid pun sangat rapat dengan mak ML. Mak ML dah pesan suh bawak mama Nadid jalan. Mama Nadid ni best sebab mama die sangat sempoi dan ramah. Memang tak jemu lah bersembang. Tambah-tambah ML plak memang kaki sembang dengan mak cik-mak cik, tak cukup cerita la kongsi. Kebetulan ML dengan Yani memang nak beli souvenir jugak. Kitorang dua memang kaki tawar. Bab tawar menawar serah je kat kitorang. Kire kalau harga rm3K, kitorang bleyh mintak kurang sampai tinggal 1K la..kekee..Tu yang mak Nadid syok sangat tu..Nanti ML update gambar-gambar lain lagi.

Translate degree certificate

Di Moscow, sijil degree yang di beri dalam bahasa Russia. So, ape yang kitorang wajib kene buat before balik Malaysia was to translate all the certificates and transcript. Kalau tak nanti, orang Malaysia tak faham la kan. Transcript ni kire result sepanjang 6 tahun tempoh pembelajaran la. Nak setelkan bab translate ni pun agak kelam kabut, sebab setiap orang kene dapatkan cop library and hostel dulu. Sape tak lepas step ni, tak boleh dapat result. 

Lepas dapat result, kene pergi translate dekat Notarius. Tempat ni akan legalize kan semua sijil. Memang complicated. Kitorang buat di Novih Arbat (New Arbat). tempos translation dan legalization memakan masa satu hari. Bile dah siap, ML dan Kaka gi amek. Time tu lah jugak nak hujan lebat. memang berlari berkejaran lah kitorang. Time tu jugak la payung ML patah riuk sebab angin terlampau kuat (payung 1 pound je la katekan.Hahaha). Masuk dalam tunnel tu, ML beli payung baru, kali ni yang super kuat nye payung. Ketuk anjing pun boleh mati..kekeke...Bile dah dapat semua sijil, the next day nye, kene hantar dekat embassy pulak untuk dapatkan certified true copy stamp from Malaysian embassy. Banyak betul procedure. Tapi Alhamdulillah semua setel.

Lelong barang dan Bengang

Beberapa hari before balik, ML tak habis lagi kerja melelong barang. Paling memeningkan part mesin basuh sebab budak yang nak beli mesin basuh, last-last minute kate tak jadi beli pastu terus cabut balik Malaysia. Elok betul budi bahasa. Padahal die booking mesin basuh tu selama setahun. Sabar je la. Korang cube bayangkan,1 week sebelum ML balik Malaysia, mane nak cari pembeli baru? Bayangkan? Semua orang tahu cakap je. Sikit-sikit nak jual dekat pak cik Russian. Pak Cik Russian yang duk dekat hostel kitorang tu, die nak beli barang kite, die yang letak harga. Semua letak murah-murah. Bile jual murah, dorang ni nak marah pulak. Bile suh jual, sume buat badak. ML seyes bengang. tapi Alhamdulillah, ML berjaye jugak cari pembeli walaupun junior yang nak beli tu ade dekat Malaysia. ML siap angkut mesin basuh tu dengan Kaka n Thomson. Mesin basuh tu berat babe! So, sape yang takde dekat Moscow time tu, yang sebok bersuka ria cuti sane sini, tinggal rumah sume, ML takkan bagi bahagian dorang. Sorry la ek. Takde mase nak layan orang sekarang ni. Tak cukup dengan tu lagi, mane dengan nak handle perangai junior-junior yang beli barang harga rm1, tapi datang bawak duit sampai rm100. Sakit hati betul. Ade jugak yang perangai cheap, suke hati letak harga sendiri, siap nak beli vacum harge rm20. Kat Malaysia pun tak dapat la dik. Sapu pakai penyapu lidi je le..

Tiba di Malaysia dan BERSIH
ML tiba di Malaysia jam 9.30pm,8july. Alhamdulillah, perjalanan dari Moscow-Dubai-KL takde masalah. Cume flight delayed about 2 hours di Moscow. Transit di Dubai selama 3 jam, sempat ML beli perfume kesayangan ML dan sedikit coklat kurma. Coklat kurma ni memang sangat sedap. Kalau siape dapat ke Dubai, jangan lupe beli coklat kurma ni. ML keluar agak lambat sebab luggage lambat keluar dari flight. Nak dijadikan cerita, ML pakai baju dress warne kuning hari tu. Before pakai tu, Kaka dah sound. "Awak pakai baju kuning???? Dekat Malaysia sekarang tak boleh pakai baju kuning. Nanti awak kene tangkap." ML dah cuak sebab takde baju lain da. Memang tu je la satu-satu baju yang tinggal nak pakai petang tu ke airport. ML redah je pakai...Huhu...(ML neyh stok tak bace berita sangat.kui2)

Lepas je part imigresen, sebab passport electronic, so scan je kat machine tu. Cepat la sikit kuar. Kuar-kuar je, tibe-tibe ade orang tegur "Haihh doktor, jangan la jalan laju sangat. Nanti jatuh". Darah ML dah berderau dah, sebab tengok orang tu siap pakai coat sume. OMAIGOD...polis datang nak tangkap aku ke???? Kekeke... Rupe-rupenye, abang tunang ML..Abang tunang ML kerja dengan MAS.. Thats y dapat masuk sampai dekat part imigresen. Huhu..Abang tunang ML la yang tolong angkat barang sume. Bile dah setel amek barang, ML siap pakai topi grad sume. Cambest je bile kuar ade pegawai MAS iringkan. hik hik hik..Pastu bile kuar, nampak encik tunang bawak bunge. Hik hik hik...Kembang pipi sume..Pastu jumpe mak, abang dan anak-anak buah.


Time nak balik tu, jalan jam! Sebab esoknye ade perhimpunan bersih, so police wat road block.Mak aihhh...Traffic jam sampai nak dekat kul 1-2 pagi baru ML sampai rumah. Kaki abang ML sampai kebas la. Huhuhu... Sampai je dekat area rumah, singgah makan kejap. Pekena kerang rebus cicah air asam, Ikan pari bakar, Sup tulang, kerabu mangga and macam-macam lagi la...Kenyang babe.. Huhu.

Sekarang ni ML kerja ngangkung! Eh tak, nganggur! hehehe. Ade banyak hal nak kene setel before apply kerja ni. Doakan semuanya berjalan lancar ye. Sekarang ni Ml kerja kemas rumah, lipat kain and masak Baju kahwin tak start jahit lagi ni. Cam biase la, keje ML jahit manik ler..hehehe...Pastu nak setel hal kahwin pulak. Videographer tak gi jumpe lagi. kalau dah jumpe videographer ML, nanti ML promote ye. Okla, mak ML dah bising nak makan cucur udang. Kene gi masak lagi. Duhhh.. ML kan merangkap orang gaji la katekan sekarang ni.Kekeke...Tata titi tutu..


You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek