Recipi: American carrot cake

10:00 AM

Assalammualaikum...



Okies, hari ni ML nak share resipi American carrot cake pulak. Carrot cake ni adelah cake kedua yang birthday girl request.  

Ade banyak lagi cake hari birthday party tu, ade red velvet cake macam entry semalam, ade orange cake, ade brownie cheese, ade cake pisang dan ade cake-cake hadiah dari kawan-kawan lagi ;blueberry cake, butter cake and russian cake yang ML pun taktau nama die, tau-tau je dah lesap. Hahahaha... Banyak gile kan cake?? Yang heran nye, laju betul budak-budak ni makan cake.  Okla, resipi carrot cake kali ni, again sangat mudah. Ikut je step-step ni, insyaAllah jadi.Resipi asal di SINI =).




Bahan-bahan:

Bahan cake
  1. 3 biji telur
  2. 150ml susu segar
  3. 300 gram gula (di kisar)
  4. 1/2 sudu teh garam*
  5. 180 gram minyak jagung (ML gune sun flower oil)
  6. 1 sudu teh vanilla essence
  7. 285 gram tepung gandum (resipi asal gune tepung cake)*
  8. 1 sudu teh baking powder*
  9. 1 sudu teh soda bikarbonat*
  10. 1 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  11. 200 gram carrot di parut
  12. 150 gram kacang walnut di patah-patahkan
Cream cheese frosting

  1. 250gram cream cheese
  2. 60gram butter
  3. 120gram icing sugar
  4. 1/2 biji lemon diparut kulitnye
  5. 2 sudu makan lemon juice 
Hiasan:
  1. kacang walnut ditumbuk kasar, coklat parut dan sedikit brown sugar. Gaul rata.

Cara-cara:

  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180C.
  2. Satukan tepung dengan bahan-bahan yang bertanda (*), gaul rata dan ayakkan.
  3. Dengan menggunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Pukul. Masukkan garam.
  4. Masukkan minyak, pukul perlahan.Kemudian,masukkan vanilla essence.
  5. Masukkan adunan tepung kite tadi.Pukul sehingga adunan sebati. Tak payah lama-lama.
  6. Masukkan carrot yang di parut, dan kacang walnut. Kacau dengan spatula/senduk sehingga rata.
  7. Masukkan dalam bekas pembakar berbentuk segi empat berukuran 12" x 8", dan bakar pada suhu 180 C selama 50-60 minit sehingga masak.
  8. From cream cheese topping: pukul cream cheese, kemudian masukkan butter.Pukul. Then masukkan lemon zest dan lemon juice. Continue pukul sehingga pekat dan sapukan pada permukaan cake.
  9. Untuk hiasan: taburkan campuran kacang, coklat parut dan brown sugar tadi di keliling cake. Sedia untuk di hidang =)




Selamat mencuba ^____^

You Might Also Like

0 comments