Kisah seram: penunggu sekolah (PART 1)

5:40 PM

Assalammualaikum..

Hehe.. kan dah kate, ML nye mood citer hantu menjadi-jadi sekarang ni. Okla, hari ni nak share kisah seram pasal penunggu sekolah pulak. Kisah ni jadi tahun lepas tak silap ML. Mangsa penunggu ni adelah sepupu ML sendiri. Nama dorang Amnah dan Atirah, dorang ni anak Pak Cik ML.Sorang darjah 6 sorang lagi darjah 4 kot. Amnah tu kakak and Atirah adiknye. Dorang dua masuk sekolah agama berasrama tak silap ML. 

Hari tu ada sesi penyampaian hadiah. Amnah adelah salah sorang yang bakal dapat hadiah, time tengah beratur nak naik pentas tu. Tiba-tiba Amnah ni menjerit, lepas tu pengsan. Bile cikgu kejut, time tu suara dah berubah jadi garau semacam. Bile ustaz baca-baca doa sket, dah ok balik. Boleh la naik pentas amek hadiah. Cikgu dah kol pak cik ML. Petang tu, Amnah dan Atirah, dua-dua diganggu dan histeria. Tak lama lepas tu, hampir 7 orang histeria. Cikgu pun bagi cuti mengejut dekat semua student. Time mak bapak datang amek anak dorang, memang menjerit-jerit je budak-budak ni.

Kalau di kampung ML, keluarga Pak Lang dan Pak Njang tinggal serumah. Sebab rumah di kampung ML tu dua tingkat and agak besar la saiz rumah tu. So, setiap family amek satu floor. Pak lang nye family dok tingkat bawah, Pak Njang nye family tingkat atas. Pak Lang ML kerja dekat Risda, tapi at the same time Pak Lang jadi imam masjid Kg Sungai Baru tu and Pak Lang ML memang agak alim orangnye. Salu kalau balik, memang die akan bagi doa macam-macam suh amal. ML memang rapat dengan bapak-bapak sedare ML sebab ML da takde ayah. So, dorang la ayah ML. 

Pakcik dan Makcik pun bawak Amnah dan Atirah gi rumah Pak Lang. Disebabkan Pak Lang jadi imam solat Maghrib and Isyak, lambat la sikit Pak Lang balik hari tu. Lama dorang tunggu. Mak cik bawak Amnah dan Atirah naik tingkat atas gi jumpe mak njang. Selalunye budak dua orang ni kalau datang, dorang ni rajin, mesti duduk baca buku, tak pun akan bersembang dengan mak njang. Tapi hari tu dorang lain sangat.

Amnah kerja tidur. Duduk kat sofa, kepale tersengguk-sengguk je, macam mengantuk sangat. Bile Amnah duduk dekat meja tempat mak njang gunting kain (mak njang ML ni taylor), die tertidur-tidur dekat meja tu. Atirah pun tak bercakap. Perangai Atirah lagi pelik, die kerja main soletape (pita selofan ek). Die potong pita selofan tu banyak-banyak, pastu die tampal-tampal dekat mulut die. Mak njang dah blur, pe kehal dengan anak buah aku ni?? Tapi mak njang tak cakap ape. Mak cik pun diam je.

Pak Lang balik agak lewat sebab ade kenduri sikit katanye. Bile pak lang sampai, pak cik pun cerita..Pak Lang pun bawak lada hitam ek, masukkan dalam kuku kot, bace-bace doa sume, sampai menjerit-jerit Amnah time tu sebab benda tu tak nak keluar. Bile 'benda' tu keluar sekejap dari badan Amnah, dok sekejap, Atirah start gelak pelik "he he he". Bile baca doa dekat Atirah, Atirah ok sekajap, nanti dengar Atirah jerit " Mama! Mama! Jaga kakak! Benda tu pergi dekat kakak!". Lama benda tu berlarutan sampai Pak Lang bawak keluar segala Quran dan segala jenis Kitab pun tak jalan jugak. Last-last Pak Lang surrender sebab benda tu terlalu kuat. Tangan Pak Lang sakit sangat. 

Pak Lang mintak Pak Cik call sorang atok ni. Nak dijadikan cerita, berpuluh kali Pak Cik try kol, takde orang angkat. Last-last, Pak Cik pun pasrah je la malam tu and bawak balik Amnah dan Atirah ke rumah. Mak cik ML ni orangnye lemah lembut sangat. Memang lembut, jarang sangatla nak dengar makcik naik suara. Dalam kereta on d way balik rumah,

Si Atirah ni tanye Mak Cik ML dengan nada manja sambil senyum pelik, "Mama period ahhh? Ada chance laaaa~". Time tu, benda tu tak berjaya bawak keluar lagi dari badan Atirah.

Mak cik ML marah gile and tengking 'benda' tu "Apa chance-chance??? Hang keluaq boleh dak?". Mak Cik ML marah sangat benda tu kacau anak die. 

Esoknye, Pak Cik ML try kol Atok yang tak dapat nak dihubungi malam tadi tu. Pak Cik tanya "Awat hang tak angkat talipon?" . Atok tu kate, "Hang tak dak kol pun, semalam telepon aku ni memang dok tepi aku ja. "

Huhu..oklah, esok ML sambung lagi k..doakan ML balik kelas awal. hehe..=)

You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek