Recipe: Fried chicken with sweet-lemon sauce

2:00 PM

Assalammualaikum..


Hari ni ML nak share recipe fried chicken with sweet lemon sauce..Caranye mudah je. Resipi asal di SINI. Tapi ML ubah-ubah sikit, mengikut cita rasa ML. =)

Bahan-bahan:

Bahan marinate/perap
-4 ketul ayam
-3 tbsp kicap
-1/2 tsp salt
-1 biji lemon (kulit lemon di parut dan dibahagi kepada dua bahagian dan ambil air perahan lemon)

Ayam celup tepung
-2 biji telur
-1/4 cawan tepung jagung
-1/2 tsp baking powder
-secubit lada putih
-1 tbsp serbuk perisa ayam
-sedikit garam
-sedikit parutan kulit lemon

Sweet lemon sauce
-1/3 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak suke manis)
-Air lemon yang digunakan untuk marinate ayam
-1 1/2 tbsp tepung jagung
-garam secukup rasa
-3 slices lemon
-pewarna kuning
-parutan kulit lemon

Hiasan(optional)

-Sebiji bawang
-Daun salad

Cara-cara:

Marinate
-Potong sedikit bahagian lemon (3 slices utk hiasan). Lebihannye jangan di potong. Parut kulit lemon dan perah kan airnye. Campurkan air perahan lemon, sedikit parutan kulit lemon, kicap dan garam bersama ayam yang telah di bersihkan dan perap selama 30minit sementara tunggu siapkan bahan-bahan lain.

Fried chicken
-Pukul dua biji telur, masukkan tepung jagung, baking powder, lada putih, secubit garam, serbuk pati ayam dan parutan lemon. Gaul sebati. Bila dah cukup 30 minit, tapiskan ayam yang diperap tadi. Air perap ayam tadi jangan di buang. Celup ayam kedalam bahan gorengan, dan goreng sehingga garing.

-Bawang di potong bulat-bulat (onion ring), celupkan juga dalam bahan gorengan dan goreng bersama ayam. Agak-agak bawang dah kuning dan ayam dah masak, angkat dan tos kan.

*P/S: Kalau nak rupa ayam seperti ayam kfc, jangan campur telur dengan bahan-bahan lain. Asingkan. Celup ayam kedalam telur terlebih dahulu, kemudian barulah golek-golekkan ayam di atas tepung.Macam teknik ayam salut tepung biase la~ ^.^~

Sweet lemon sauce
-Campurkan air perap ayam tadi dengan gula.
-Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air dan tambahkan pewarna kuning sedikit.
-Panaskan minyak di atas kuali, masukkan air perap ayam bersama gula tadi, masukkan 3 slices lemon dan tunggu sehingga mendidih.
-Masukkan garam secukup rasa
-Masukkan tepung jagung, kacau sekejap je ( sebab nanti ia akan menjadi terlalu likat). Sweet sauce dah siap!

-Susun daun salad, letakkan ayam goreng tadi dan tuangkan sweet lemon sauce ke atasnye. Hiaskan dengan bawang goreng celup tepung tadi. Sedia untuk di makan. Nyum Nyum!

Selamat mencuba =)

You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek