Kisah seram: Pak cik yang gatal

10:00 AM





Assalammualaikum..


Siape pernah ade pengalaman berhadapan dengan pakcik yang gatal? Paling menakutkan dan memualkan bile korang ade berdua je dengan pakcik tu dan keadaan tak boleh nak dielakkan contohnye seperti dalam taxi dan time tengah belajar memandu kereta. Sexual harassment adalah antara perkara yang amat ditakuti dan dibenci oleh wanita.

Pengalaman ML nak amek lesen kereta memang horror. Kisah ni berlaku hampir 6 tahun yang lalu, time tu ML baru habis exam SPM and buat persediaan di INTEC, Uitm. Mude sangat la time tu, budak-budak lagi. ML belajar memandu di kedai memandu dekat Sri Gombak. ML amek lesen kereta kat situ sebab kawan mak ML promote. Katanya bagus. Kedai belajar memandu ni di usahakan oleh pasangan suami isteri. Mereka dah agak berumur la, linkungan 40 and above. Anak-anak dorang pun dah besar. ML nak amek cepat lesen tu sebab dah nak fly, dalam berapa minggu je ML setel dapat lesen.

Sebab jadual kelas yang agak padat, basically ML ade sabtu & ahad je untuk belajar bawak kereta. So,sabtu and ahad tu,ML punye kelas driving session lebih kurang 4-6 jam/per day tak silap. Agak lama driving session sebab nak cepat habis.

ML tak nafikan pasangan suami isteri ni baik dan ramah. ML ni pangkat anak dorang je la. So,ML memang hormat orang yang lebih tua dari ML walaupun umur beza setahun, ML memang akan hormat. Nak dijadikan cerita, ML di ajar sendiri oleh tuan punya kedai tuh, tapi laki die yg ajar..sebab bini die jage kaunter kedai. Biasenye dari kedai memandu di Sri Gombak ni, pakcik tu akan pergi ke pusat memandu yang besar, ML tak ingat nama tempat tu. Dekat situ memang macam centre untuk belajar memandu la. Dari situ, driving session akan bermula. Tempat tu agak terpencil and jalan die menuju ke atas bukit. Ade certain jalan, yang sangat kecik and tepi tu ade gaung. Mule-mule tu ok, masuk hari last tu, pakcik tu start buat hal.

ML tengah drive dengan penuh semangat dan berkaliber time tu ala-ala pelumbe F1 dah. Tibe-tibe pakcik tu suh drive gune sebelah tangan. ML macam, "Haaa? kenape pulak nak kene drive sebelah tangan?". Lepas tu, die tarik tangan ML yang dok jaga gear tuh, kebetulan pulak time tu ML ada draw inai/henna yang lukis-lukis bunga at the back of my hand(macam inai pengantin tu la). ML kate, ML tak nak sebab takut eksiden. Adelah aksi tarik menarik di situ. ML neyh dah la tak reti bawak kereta sangat, jalan tu seyes kecik, kalau salah bawak memang masuk gaung! ML memang cam ayam berak kapur da time tu.

Pak cik dok belek-belek tapak tangan ML. ML tarik je balik tangan tu. Tapi die tarik balik. Dalam hati, memang puaka orang tua ni. Pastu die amek air dekat sit belakang. Die tuang air tu dekat belakang tangan ML, sebab die kate die nak padam inai tu. Dalam hati ML, ape ke bengap le orang tue ni..mane de inai boleh padam!

Pastu, salunye bile dah drive dalam 1 jam, ade satu check point neyh yang mane ML akan u-turn, tapi hari tu, pakcik tuh suh drive atas lagi. Katanye nak ajak tengok air terjun...Astaghfirullah..ML cuak gile..Sampai satu port tu, pakcik tuh suh ML kuar. ML berkeras tak nak keluar. Last-last pakcik tuh je gi masuk dalam hutan. Katanya dalam tuh ade air terjun cantik. ML pun cari hp time tu dalam handbag dekat sit belakang. Takde coverage pulakkkk~ Ya Allah, time tu sume doa la ML baca. Lama jugakla pakcik tu masuk dalam hutan. Jumpe jin agaknye. ML neyh dudukla sorang-sorang dalam keter tepi jalan.

On the way balik, die buat lagi perangai gatal. Adeke die kate kalau ML buat salah time drive nanti die akan cubit. ML diam je, sebab geram sangat da. Tiba-tiba, ML termasuk dalam lopak. LOPAK kot, bukan salah ML, so bergegar la sikit kereta kancil tuh. Pastu die gi cubit ML. Ni bukan cubit marah ye, tapi cubit gatal tak mau lepas-lepas. ML pun berhenti kan kereta dekat tepi jalan. ML kate ML tak nak drive dah! Pakcik tu tanye kenape? ML kate ML tak larat, dah penat. Pastu die marah ML. Die kate, ingat ko punye penat je. ML diam sambil buat muke bengang. Pak cik tu bengang jugak tapi ML rasa die tahu ML marah,at last die yg take over and drive keter tu balik ke kedai memandu. Ikutkan hati rasa nak sepak-sepak je pakcik tu time tu, pastu lari sekuat-kuat hati. Tapi tempat tu, macam terpencil sangat, xde orang nak mintak tolong.

ML memang trauma ar lepas tu. ML tak citer kat sape-sape pun. Lame jugak la ML simpan citer tu sampai ML lepas exam dengan JPJ sume. Last sekali, ML citer dekat kawan ML, Baya and Tika. Baya ngan Tika emo gile, dorang paksa ML citer kat mak. ML pun citerla.. Then, time mak ML nak collect lesen ML dekat kedai tu, mak ML gi marah cukup-cukup ar. Sampai menangis-nangis wife die time tu, mintak ampun mintak maaf. Mule-mule wife die cuba backing lagi die yang gatal tuh, katenye nak gurau-gurau je kot. Gurau mendenye...Time tu husband die yang gatal tu xde, kalau ade mau mak ML hentak kepale die. Agaknye dah berapa ramai la mangsa..ML denga, kawan ML pun pernah kene jugak, tapi kelas memandu lain la..Mak ML nak report polis, ML malas la nak panjangkan cerita. Allah tu maha adil, ko terima lah balasanNya nanti.  Pak cik tu pun ada anak perempuan.

Time tu ML maybe naive sangat, maklumla baru habis SPM, ML tak sangka orang yang ML sangka baik boleh buat perangai macam tu. So, ML harap kite sebagai perempuan kene sentiasa beringat. Semua orang ade possibility untuk buat jahat and tak semua orang baik. Dalam keadaan macam ni, kene tegas la,kalau boleh lawan..lawan la,kalau boleh lari, lari lah selamatkan diri. Keadaan ni boleh berlaku di mana-mana je, dalam bas, dalam komuter or dekat office.Jadi, kene sentiase beringat. Baik ahli keluarga sendiri pun, kite kena berhati-hati. Kalau nampak orang-orang yang suspicious, jauhkan diri. Kalau boleh elakkan dari berada di tempat yang sunyi and jangan suke berani-berani jalan sorang-sorang. ML kenal ramai kawan perempuan yang bile dah biase sikit, pergi mane pun sorang-sorang, bajet berani. Simpan number phone balai polis yang berdekatan. Kalau siapa yang tak pernah kena, Alhamdulillah. Tapi kalau dalam keadaan macam ni, selalunye ramai yang akan panic. Yang penting, kite kena bertindak mengikut keadaan. Jangan lupe baca doa mintak diri di lindungi sentiasa dariNya. InsyaAllah.

You Might Also Like

0 comments