Abang saye, lelaki dan hobby

4:34 PM

Bilik zaman abang ML masih remaja-bersepah!

Assalammualaikum..

Hari ni ML nak cerita pasal abang ML. Hehe.. Ni abang ML yang kedua. ML just ada dua abang je. ML rapat dengan dua-dua. Tapi yang 2nd ni, perangai gile-gile sikit and dia ada banyak hobby kumpul mengumpul benda. Abang-abang ML sememangnya workaholic. Tahap kerja dorang mengalahkan doktor (walaupun dorang bukan doktor). Tapi memang payah la nak jumpa dorang.
ML ni kalau dekat Malaysia selalu tidur lambat sebab mata ML memang ikut time Russia. Memang tak boleh nak adjust dah ML rase. So, memang salu dapat lepak dengan  abang ML la, sebab die balik kerja pukul tiga pagi. So, bile balik, salu kitorang lepak usha awek cun ke, gadget baru ke, tak pun  layan movie, paling koman kitorang akan tengok upin ipin. Kekeke...Kadang-kadang tuh, tengah dok usha-usha awek cun, tetibe pusing-pusing tengok kak ipar ade kat belakang daaaa~ kui-kui..

GUITAR
Bercakap pasal minat. ML tahu budak lelaki memang ada banyak minat. Ade yang suke bersukan, ade yang suka hiking and macam-macam lagi lah. Abang ML ni suka main guitar. Dari kecik die memang suke main guitar. Asalnye, minat guitar ni datang dari abang yang 1st. Dorang kongsi guitar je time kecik-kecik dulu, gitar warne biru. Memang bising la rumah ML.Grenggg...greng...Bila ML try nak main, tali gitar pun putus! Maka ML pun kene marah. Keh Keh Keh..ML ingat lagi, time kecik-kecik, mak ML marah sangat abang main gitar, sampai mak sorok gitar dalam bonet keter belah bawah (tempat simpan ayam or sayur-sayur kalau gi pasar). ML la yang getau abang, mak sorok kat situ. Hihi. Betapa minat nye dekat gitar, sampai hantaran kawen untuk abang ML pun, kak ipar bagi gitar. Kiki..Jom tengok koleksi gitar abang ML..





Mesin urut kaki pun kumpul ke bang oi? kekeke..


Gitar die baru beli..Aigoo...


KERETA MAINAN

Bukan gitar je abang ML ni suke kumpul..Dia suke kumpul kereta mainan jugak. Minat ni pun mula dari kecik jugak. Kalau dulu, die kumpul kereta tamiya. ML teringin nak main kereta tamiya tu. Tapi macam biasa, mesti kena marah. Hang perempuan, mana boleh main gheta! So, ML main anak patung je la..=(. Sekarang ni kereta ape pun ML tatau la..tapi dah macam kucing da saiz keter neyh..kekeke..


KAMERA


Abang ML adalah photographer sambilan. Untuk cari duit lebih katanya. Seronok betul bile abang sendiri ade camera. Berposing saje adiknye. Hihihi..Satu benda yang ML kagum dengan abang ML ni, ape die nak beli, die tak pernah mintak duit mak. Semua yang die beli memang gune duit sendiri. Dahsyat kan? Orang lelaki ni, kalau benda yang dorang suke, kite memang xle nak halang. Nasibla die dapat kakak ipar ML yang sentiasa menyokong je ape hubby die buat..Huhu..


Orangnye memang gile-gile..sekarang ni sedang menunggu ketibaan cahaya mata kedua. Semoga baby 2nd ni comel dan sihat! Tak sabar nak balik Malaysia ^__^






You Might Also Like

0 comments