Strawberry celup coklat,awww~hati terpikat!

9:13 PM

Assalammualaikum..




Demam strawberry celup coklat menjadi-jadi bulan ni. Before ni ML dah pernah buat entry untuk resipi ini di SINI. Tapi for that entry, my chocolate dipped strawberries were not perfect. So, hari ni ML cuba lagi sekali. Alhamdulillah kali ni menjadi!!! Yeay~ Before ni ML tak ikut resipi betul-betul, konon ingat benda senang, ML main masak je la, akibatnye coklat tak cukup keras even dah simpan dalam freezer.
So, ML dah tahu apa mistake ML..So, ML nak kongsi dekat sini:

1- Bila nak cairkan coklat, kita perlu gunakan teknik double boiler. Tapi, syaratnya mangkuk yang berisi coklat tak boleh bersentuhan dengan air di dalam periuk. So, gunakan mangkuk yang lebih besar dari saiz periuk. Basically, kita cuma nak wap air panas tu kena pada mangkuk, dan coklat akan cair. And make sure, air tak terlalu panas. Kalau tidak, coklat akan cepat hangus dan kering.

2-Then tambahkan minyak macam biase and agak-agak dah cair, keluarkan mangkuk dari periuk. Next, celupkan strawberry dalam coklat dan biarkan sejuk sekejap selama 5 minit. After that, boleh la masuk dalam freezer (tempat beku ye..) selama 15-20 minit. Keluarkan dan boleh la makan, if nak simpan dalam peti sejuk balik, simpan di tempat yang bersuhu biasa.

3-kalau ikut resipi asal, chef laura letak atas kertas minyak after dah celup coklat. Tapi ML still rasa coklat akan melekat and bila nak angkat strawberry, coklat di bahagian bawah akan tertanggal. 

4-ML pernah tengok dekat KLCC, salesgirl tu cucuk strawberry yang dah di celup coklat ni dengan lidi (toothpick). Then, dia cucuk pulak lidi tu atas sponge. So, salutan coklat pada permukaan strawberry memang kekal cantik. 


Before ni ML gunakan mangkuk yang kecik dan terus rendam je dalam air di dalam periuk macam typical technique double boiler la. So, air panas tu menggelegak dan masuk ke dalam coklat ML. Akibatnye, coklat tak keras and die macam agak sticky. 


But kali ni, tengoklah...coklat sume mengeras dengan elok. YEAYYY!! Happy gile dah jadi. Ape la ML ni, nak wat strawberry celup coklat pun kecoh. =P

Best gile mengunyah strawberry ni. Hihi.. Kalau korang nak buat, boleh rujuk resipi di SINI.


You Might Also Like

0 comments