DuNkin DOnat

10:00 AM

Salam all..

Sedar tak sedar..hari bercuti dah nak habis da..Sobb..Sobb..Takpe,hidup mesti diteruskan.Hehe..Sambil-sambil tu,tak salah kan kalau kite bukak buku memori lama.Hari ni ML nak kongsi kisah percintaan dua ekor tikus comel a.k.a guinea pig yang bernama dunkin & donat.

Donat adalah seekor guinea pig.He was a boy. Donat boleh dikategorikan sebagai tikus yang kacak.Dengan bulunya yang bewarna orange terang & hidung yang putih membuatkan dia agak comel bila ketawa (tikus ketawa??). Donat dilahirkan di Moscow & dibesarkan di pet shop yang terletak di sebuah shopping mall yang besar iaitu MEGA.

Alkisahnya,datangla seorang budak perempuan yang comel berumur dalam linkungan 20-an. Budak perempuan itu masuk ke dalam pet shop sambil terkinja-kinja meluru ke arah sangkar donat."Wahhh..comelllnyeeee...Yang ni wane kelabu la tiqah,nampak macam tua. Saye nak yang warna hitam putih tompok-tompok,tapi tak de pun...",kata budak perempuan itu sambil mencebikkan bibirnye seolah-olah kecewa tak ada binatang berwarna tompok2 seperti yang dihajati. Donat pun berjalan slow2 mendekati cermin,sambil membuat aksi-aksi akrobatik yang tak berapa nak jadi. Donat berjaya menarik perhatian budak perempuan tersebut. Tiba-tiba pekerja kedai datang, donat di tangkap dan dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang kecil. Donat rimas. Cuba mahu melepaskan diri.Tapi gagal.







Beberapa jam kemudian. Sebuah cahaya datang dari kotak kecil tu. Jeng Jeng Jeng." Welcome to your new home DONAT!! Ni Dodod, Ni pulak Boo!" kata gadis comel tadi sambil memperkenalkan donat kepade penguin comel yang memakai earmuff time summer. Donat confused. Takut. Dia menjadi aggressive dan cuba terjun selamatkan diri, tapi apakandaya, salah tempat laaa die terjun, kepale dan perutnya tersekat di tepi katil. Dodod pun mecapai kaki donat,di tarik badannya ke atas dan di urut-urut kaki donat. "Kenape awak nak takut? Tak payah takut la...". Tiba-tiba donat ternampak wajahnya terpampang di screen computer. Huh?? (dodod tengah webcam la..tayang pet baru.hehe).




Sejak hari itu,life donat semakin berbunga. Donat diberikan rumah yang berupa sangkar bewarna merah.Kadang-kadang makannya bersuap. Dia di tatang bagaikan minyak yang penuh. Tidak lagi di hidang dengan makanan daun-daun segera, tetapi fresh vegie babe~Bukan hanya dodod sahaja yang sering membelai donat, tetapi ada 7 perempuan lain yang sering datang bermain dengannya. Tu belum kira kawan-kawan dodod dari bilik lain lagi. Ibarat kumbang di taman lah ni~Donat happy & gemuk. Bila Dodod buat majlis makan-makan. Donat turut menjadi tarikan kawan-kawan lelaki yang datang berkunjung. Jakun budak-budak ni. Hhuhu. Donat di mandi kan setiap bulan, bulunya di hair dryer dan di sikat. Kadang-kadang bulunya di potong (bila dodod bajet buka saloon). Donat mejadi mohawk! 





............................................




Suatu hari,donat jatuh cinta. Dengan gambar yang terpampang di screen dodod.Dodod kata namanya Dunkin. Berbunga-bunga hati donat..Haihhh..cantik sungguh..ibarat bidadari. Warnanya hitam putih. Jantina?? Of course la betina..hehehe..







Dunkin adalah pet seorang jejaka tampan di Canada yang dipanggil "daddy" (wakakaka...~). Perwatakkannya agak jakun dan aktif. Membuatkan tuannye sendiri susah nak pegang. Tapi,bila nampak je donat di screen daddynya,matanya terpana. Dalam hatinya berbisik, "macam sama spesis je ni,tapi hensem sikit.hehe". Sejak hari itu, maka dunkin dan donat menjalinkan long distance relationship. Hehehe..Hubungan mereka di restui mommy & daddy mereka.=)

Dua tahun sudah berlalu. Dodod semakin busy dengan exam. Muka stress je. Donat gusar. Suatu hari dodod bawa donat ke taman yang berdekatan. Di lepaskan donat di celah batu-batu besar.Dodod tabur makanan. "Sorry donat,aku tak dapat jaga kau. Sorry sangat. Take care."......Dodod bangun dan hilang dari pandangan mata. Sejak hari itu,donat tak pernah lagi berjumpa dengan dodod dan juga dunkin.

Papa pula perlu berpindah rumah baru. Tuan rumah tersebut tidak mahu ada binatang. Papa pening. Pusing. Nasib Dunkin baik. Papa jumpa tempat perlindungan untuk Dunkin. Mujur ada orang yang sudi membela dunkin. Dunkin di tinggalkan. 

Tamatlah kisah percintaan dunkin & donat.


P.S.iLOVEyou:

ML yang bela donat,tapi ML giv up last2 sebab susah nak jaga & donat sgt bising. ML tak ada jalan lain time tu. ML buang die di taman awam,semoga ada yang jumpa and ambik donat. I'm sorry donat.My Bad..Encik Tunang pulak bela dunkin tetapi Dunkin terpaksa di beri kepada org lain sebab Encik Tunang nak pindah rumah baru tym tu. Tuan baru yang menjaga dunkin pun seorang yang terlibat dengan bela-bela haiwan ni.She's lucky.=)

P/s: Part dunkin & donat bercinta tu adalah rekaan semata2.Hehe

 Dunkin & DOnat, we miss u.=)



You Might Also Like

0 comments

I read:

Makeup geek